Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar
Roda2

KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

Abang HirataBy Abang Hirata02/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM 890 Adventure R Rally 2026

KTM memperkenalkan KTM 890 Adventure R Rally 2026 yang hadir dalam unit terhad untuk pasaran dunia sebagai ekspresi paling tajam bagi kejuruteraan rali KTM yang dibangunkan daripada DNA juara Dakar.

Model itu diletakkan sebagai jentera advencer kelas pertengahan yang paling berorientasi prestasi dalam segmen.

KTM 890 Adventure R Rally 2026

Walaupun model KTM 890 Adventure R sudah menjadi penanda aras bagi prestasi kembara off-road, varian Rally direka khas untuk penunggang yang mahukan suspensi tahap kilang, ergonomik spesifikasi rali dan komponen tanpa kompromi terus dari bilik pameran.

Dibina untuk menakluk dan bukan sekadar merentasi rupa bumi, model itu mendapat ilham langsung daripada jentera rali Red Bull KTM Factory Racing.

Suspensi WP Pro Components

KTM 890 Adventure R Rally 2026

Sistem suspensi model itu diambil terus daripada program perlumbaan WP Pro Components yang membawakan teknologi perlumbaan sebenar ke segmen advencer dan bukan sekadar komponen jalanan diubah suai.

Fork WP Xplor Pro ringan dengan teknologi Cone Valve berfungsi harmoni dengan absorber WP Xplor Pro.

Gabungan itu memberikan jarak travel 270mm unggul dalam kelas, dan prestasi redaman luar biasa di kawasan rupa bumi paling ekstrem.

Walaupun menawarkan kawalan bahagian depan mantap dan rintangan hentakan bawah cemerlang, aspek keselesaan tetap diutamakan bagi memberikan kestabilan dan ketenangan ketika memecut, walaupun dimuat beg bagasi atau penumpang.

Trenkuasa, Mod Rally

KTM 890 Adventure R Rally 2026

Nadi jentera ialah enjin Parallel-Twin 889cc yang kompak dengan output kuasa 106ps dan tork 100Nm @ 6,500rpm.

Fokus rali motosikal diperkukuh dengan sistem elektronik canggih seperti Offroad ABS, pelbagai mod tunggang seperti Rally Mode, Kawalan Traksi (TC), dan regulasi gelincir Motor Slip Regulation (MSR).

Penunggang juga boleh melaras prestasi secara langsung melalui paparan TFT 5 inci yang dilengkapi unit konektiviti, dan navigasi belok demi belok dipertingkat Turn-by-Turn+.

Rekabentuk, Waranti Premium

KTM 890 Adventure R Rally 2026

Dari sudut visual, edisi 2026 menampilkan rekabentuk baharu yang diilhamkan daripada Red Bull KTM Factory Racing, dan dilengkapi ekzos Akrapovič Slip-on Line.

Penampilan itu mengimbas kembali jentera juara Dakar sebelum ini dalam menghasilkan motosikal yang sedia menghadapi sebarang rupa bumi.

KTM 890 Adventure R Rally 2026

Bagi menambah keyakinan terhadap prestasi, KTM 890 Adventure R Rally 2026 didatangkan dengan waranti kilang KTM Premium Manufacturer’s Warranty yang baru diperkenal.

Penunggang akan mendapat manfaat perlindungan sehingga empat [4 ]tahun yang disokong reliabiliti KTM yang terbukti di litar lumba. Bagi memastikan waranti kekal sah, servis berkala mesti dijalankan mengikut pelan servis di pengedar sah KTM.

KTM 890 Adventure R Rally 2026 akan mula dikeluarkan di Austria pada Mac ini.

Spesifikasi KTM 890 Adventure R Rally

  • Enjin Parallel-Twin 889cc dengan output kuasa 106ps, dan tork 100Nm
  • Suspensi WP Xplor Pro dengan jarak travel 270mm
  • Ekzos Akrapovič Slip-on Line
  • Pelana rali dan peg kaki Factory Racing
  • Pakej Tech Pack merangkumi Rally Mode, Quickshifter+, Kawalan Jelajah dan regulasi gelincir Motor Slip Regulation (MSR)
  • Offroad ABS dan pelbagai Mod Tunggang
  • Panel meter TFT 5 inci dengan navigasi belok demi belok Turn-by-Turn+
  • Tayar Heavy-Duty 2.15 x 21 inci (depan), dan 4.00 x 18 inci (belakang)
  • Pelindung tangki karbon
  • Sproket belakang Supersprox-Stealth
  • Grafik rali baharu dengan rekabentuk tangki bahan api dwi-warna
  • Waranti KTM Premium Manufacturer’s Warranty hingga empat [4] tahun
KTM 890 Adventure R Rally 2026
KTM 890 Adventure R Rally 2026
KTM 890 Adventure R Rally 2026
KTM 890 Adventure R Rally 2026
KTM 890 Adventure R Rally 2026
KTM 890 Adventure R Rally 2026
KTM KTM 890 KTM 890 Adventure KTM 890 Adventure R KTM 890 Adventure R Rally motosikal advencer roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.