Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 390 Duke (2017) Bakal Tampilkan 7 Pembaharuan, Siap Sedia Dilancarkan!
Roda2

KTM 390 Duke (2017) Bakal Tampilkan 7 Pembaharuan, Siap Sedia Dilancarkan!

ZYBy ZY26/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KAMI tahu, enjin satu silinder 373cc ini bukan saja mampu buat tulang rusuk anda sahaja bergetar.

Apa yang pasti KTM 390 Duke (2017), yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, bukan sekadar bertukar warna dan pelekat sahaja, tetapi ada banyak pembaharuan ditampilkan. Berikut ialah 7 pembaharuan 390 Duke (2017) yang boleh anda jangkakan sementara menunggu pelancaran rasmi streetfighter tersebut, petang nanti.

1. ENJIN LEBIH BERTENAGA

390 Duke (2017) masih mengekalkan konfigurasi silinder tunggal 373cc. Tetapi, penggunaan kotak angin besar dan talaan sistem ekzos memberikan angka tork lebih tinggi, pada 37Nm @ 7000rpm berbanding 35Nm @ 7,250rpm bagi model terdahulu.

2. KELEGAAN JALAN TINGGI

Pemilik sebelum ini merungut tentang kedudukan ekzos yang terletak sedikit ke bawah. Ini membuatkan 390 Duke versi terdahulu mudah bergeser dengan permukaan jalan ketika melayan selekoh. Kini, bagi model 2017, posisi ekzos diangkat lebih tinggi, sekali gus mengubah jarak kelegaan jalan sebanyak 15mm, iaitu 185mm.

3. TANGKI BAHAN API LOGAM, LEBIH BESAR

Material logam menjadikan tangki minyak 390 Duke (2017) lebih selesa dikepit, manakala kapasiti isian turut dinaik taraf daripada 11 liter kepada 13.4 liter.

4. TEKNOLOGI RIDE-BY-WIRE

Ini antara ciri yang sukar didapati pada motosikal di bawah bawah 500cc (selain Honda CBR250RR). Tiada lagi kabel terotel, sebaliknya 390 Duke (2017) menggunakan sensor kedudukan terotel dan kawalan bahan api secara elektronik untuk menjamin hantaran kuasa lebih lancar dan responsif.

5. PANEL METER CANGGIH

Panel meter 390 Duke (2017) menampilkan paparan skrin TFT yang banyak digunakan telefon pintar masa kini supaya lebih mudah dibaca. Malah, tambahan ciri sambungan ke telefon pintar turut meluaskan lagi fungsi panel meter tersebut. Faedahnya, anda kini boleh menjawab panggilan telefon dan mengawal pemain muzik. Ciri ini sangat sesuai buat mereka yang sukar berenggang dengan gajet canggih masing-masing.

6. ADA 3 MOD TUNGGANGAN

Berita baik untuk penunggang stunt atau mereka yang suka beraksi drift, 390 Duke (2017) didatangkan dalam 3 pilihan mod tunggangan – OFF (nyahaktif ABS), ROAD (akfti ABS depan dan belakang) dan SUPER MOTOR (nyahaktif ABS roda belakang).

7. REKAAN BABY SUPERDUKE


Akhir sekali, rekaan itu, yang diilhamkan daripada Superduke 1290, bakal membuatkan anda jatuh cinta pandang pertama. Atas kertas, enjin 373cc berkuasa 40hp dinilai sebagai tidak setanding jentera lain yang lebih berkuasa. Tetapi, pada masa sama memang tidak dapat dinafikan kelibat 390 Duke (2017) mampu membuatkan sesiapa saja tercabar, dan mahu mencabar.

Persoalan sekarang, dengan begitu banyak penambahbaikan, berapakah harga 390 Duke (2017)? Apakah boleh dibawa berbincang? Tunggu liputan pelancaran rasmi dan tunggang uji akan datang untuk reviu lengkap!

KTM KTM 390 Duke (2017) KTM Duke 390 (2017) motosikal roda2 streetfighter
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.