Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kos Minyak Meningkat Punca 47 Peratus Warga Kanada Abaikan ‘Road Trip’ Musim Panas
Auto Terkini

Kos Minyak Meningkat Punca 47 Peratus Warga Kanada Abaikan ‘Road Trip’ Musim Panas

Abang HirataBy Abang Hirata31/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NEGARA kita terkenal dengan budaya balik kampung atau bercuti dalam negara apabila tiba musim perayaan atau cuti umum. Budaya ini banyak dibantu dengan akses rangkaian jalan raya yang baik selain kepelbagaian destinasi menarik yang ada seluruh negara.

Satu lagi aspek penting lain ialah harga petrol ‘gred marhaen’ (RON95) yang masih munasabah untuk berjalan jauh.

Nun jauh di Kanada, penduduk negara itu pula gemar memandu sambil mengembara (dipanggil ‘road trip’ ) sepanjang musim panas dengan menjelajah pelbagai tempat dalam negara untuk menikmati pemandangan cantik dan menarik.

Antara destinasi menarik di Kanada ialah kawasan pergunungan Alberta, Niagara dan Quebec. Keluasan Kanada ialah sekitar 9,984,670km persegi, lebih besar besar daripada Amerika Syarikat (AS), iaitu sekitar 9,833,517km persegi yang jauh lebih ramai penduduk.

BACA >>> #SembangDeras: Aduh, Kenapa RON95 Nak Kena Ikut Harga Minyak Dunia Pulak?

HARGA MINYAK PENGARUHI MOOD MENGEMBARA

Bagaimanapun, tinjauan Toyota Canada yang dibuat Ipsos pada 3-6 Mei lalu mendapati budaya ‘road trip’ dalam kalangan penduduk Kanada mungkin terjejas akibat kenaikan harga bahan api. Berdasarkan kajian melibatkan 2,005 responden atas talian, hampir separuh jawapan diterima mengakui tentang kemungkinan pelan percutian mereka terjejas.

Keputusan Tinjuan Toyota Canada
  • 78 peratus responden mengambil kira anggaran kos bahan api apabila membuat perancangan percutian.
  • 47 peratus responden mengatakan harga bahan api yang tinggi mungkin menyebabkan mereka tidak melakukan pengembaraan pada musim panas tahun ini.
  • 27 peratus responden mempertimbangkan untuk menukar rancangan sedia ada disebabkan harga bahan api tinggi.
  • 62 peratus responden mendakwa kenaikan harga bahan api bukan saja menjejaskan percutian, tetapi juga kewangan isi rumah.

Di sebalik dapatan di atas, tidak semua warga Kanada membatalkan percutian mereka dengan segera, ada yang beralih kepada penyelesaian alternatif seperti menggunakan kenderaan elektrik (EV) bagi mengawal impak harga bahan api dalam kehidupan harian.

Dalam proses pemilihan pembelian kereta, kecekapan bahan api ialah perkara nombor dua penting selepas harga kereta. Toyota Canada juga mendedahkan 52 peratus warga Kanada mungkin akan membeli EV dalam masa lima tahun akan datang.

BACA >>> Subsidi Petrol: Kerajaan Setuju Beri Tunai kepada Penerima BSH yang Ada Kereta, Motor

JUALAN KENDERAAN ELEKTRIK (EV) MENINGKAT

Selain itu perubahan permintaan menunjukkan trend positif dengan rekod jualan EV sebanyak 16.7 peratus daripada keseluruhan jualan pada April lalu. Model paling laris ialah RAV4 Hybrid, terjual 2,112 unit, meningkat 246.8 peratus!

Kepada pengguna yang risaukan kos bahan api, Toyota Canada turut berkongsi tip penjimatan (boleh juga dijadikan rujukan kepada pemandu Malaysia), iaitu:

  • Jangan memecut secara kasar
  • Kurangkan muatan tidak diperlukan seperti rak basikal
  • Guna lebuh raya dan ciri kawalan jelajah
  • Elak melahukan enjin
  • Rancang perjalanan

Sebagai rekod, harga petrol di Kanada pada 22 Julai lalu ialah C$1.413 (RM4.43), manakala harga petrol RON95 di negara kita ialah RM 2.08 (C$0.66).

* Jenis RON tidak dapat disahkan

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Makin Pecut Laju, Makin Kuat Makan Minyak?

Auto Terkini Bahan Api Kanada Minyak Petro Canada petrol Toyota Toyota Canada Toyota Canada Inc.
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.