Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kod Nama Bocor, Streetfighter Kawasaki Z400, Z250 Baharu Bakal Lancar Tahun Depan?
Auto Terkini

Kod Nama Bocor, Streetfighter Kawasaki Z400, Z250 Baharu Bakal Lancar Tahun Depan?

ZYBy ZY23/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads



PASTI ramai peminat Kawasaki, terutama jentera naked garang tertanya-tanya; bila agaknya Z250 baru dengan enjin 250cc berkuasa 39hp akan dilancarkan?

Jawapan kami – TAHUN DEPAN!

Jangan terkejut. Sebagai peminat Kawasaki, anda pasti tahu pengeluar motosikal terkemuka Jepun ini agak konsisten dan mudah diramal. Jadi selepas pelancaran Ninja 250 dan Ninja 400 dengan rombakan penuh frem dan enjin – paling berkuasa dalam kelas – kehadiran model naked sebagai pasangan kepada semua jentera sport itu tadi bukan tidak masuk akal.

Ninja 250 (2018) dengan kuasa 39hp baru dilancarkan Julai lalu untuk pasaran Malaysia

Telahan kami tadi bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Menurut sumber media permotoran terkenal UK, Visordown, Kawasaki khabarnya sudah dalam proses mendaftar dua model motosikal untuk melepasi piawaian emisi udara di Lembaga Sumber Udara Caluifornia (CARB), Amerika Syarikat.

Kedua-dua model dikenal pasti menggunakan enjin 400cc yang sama, Ninja 400 baru dan juga motosikal ‘rahsia’ dengan kod nama ER400DK. Bagi anda yang tidak biasa dengan skema kod nama jentera Kawasaki, ER di depan merujuk kepada model naked (EX untuk versi sport fairing), disusuli sesaran enjin, varian dan tahun keluaran; lebih tinggi ranking huruf, maka lebih baharu jentera itu.

Sebagai perbandingan, Kawasaki Ninja 400 (ABS) keluaran 2018 menggunakan kod EX400HJ dan begitu juga Ninja 650 (ABS) tahun sama dengan kod EX650KJ. Jadi ER400DK di sini bermaksud motosikal naked 400cc varian D keluaran 2019 memandangkan abjad K muncul selepas J.

Perhatikan perbezaan abjad kedua selepas nombor sesaran. Senarai penuh di laman IMPEX Japan

Ya, kami faham maklumat didedahkan cuma untuk ER400DK (Z400) tapi seperti disebutkan sebelum ini, Kawasaki sangat konsisten dan mudah diramal. Ninja 400 dilancarkan sebagai sportbike aras mula untuk negara seperti AS yang mana lesen motosikal mereka tiada peringkat, tidak seperti negara lain yang mengehadkan sesaran enjin motosikal aras mula pada 250cc.  Jadi, jika Kawasaki ingin lancarkan streetfighter aras mula Z400 di Amerika Syarikat, tidak sukar untuk melihat pengeluar itu turut memperkenalkan Z250 baharu bagi memenuhi permintaan negara lain.

Bila? Memandangkan kod nama didedahkan ialah untuk motosikal keluaran 2019, kami jangka Z400 dan Z250 baharu ini mungkin buat kemunculan sulung seawal hujung tahun ini di Pameran Motosikal Milan (EICMA). Harap sabar menunggu 😉

*gambar diatas cuma gambaran rekaan Julak SenDie Design, bukan imej rasmi Kawasaki. Harap maklum.

SUMBER: Visordown.com

kawasaki ninja 2018 kawasaki z250 2019 kawasaki z250 2019 launch date kawasaki z400
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026

1 Comment

  1. Ajs on 17/02/2019 11:51

    Bila agak2 nak masuk z250 2019 ni.. Ke ambik ninja pon ok, or tggu r25 v3 launch bulan 3 ni.. Confiuss.. Tlg3

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.