• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kod Nama Bocor, Streetfighter Kawasaki Z400, Z250 Baharu Bakal Lancar Tahun Depan?

Kod Nama Bocor, Streetfighter Kawasaki Z400, Z250 Baharu Bakal Lancar Tahun Depan?

August 23, 2018 By ZY 1 Comment

FacebookTwitter



PASTI ramai peminat Kawasaki, terutama jentera naked garang tertanya-tanya; bila agaknya Z250 baru dengan enjin 250cc berkuasa 39hp akan dilancarkan?

Jawapan kami - TAHUN DEPAN!

Jangan terkejut. Sebagai peminat Kawasaki, anda pasti tahu pengeluar motosikal terkemuka Jepun ini agak konsisten dan mudah diramal. Jadi selepas pelancaran Ninja 250 dan Ninja 400 dengan rombakan penuh frem dan enjin - paling berkuasa dalam kelas - kehadiran model naked sebagai pasangan kepada semua jentera sport itu tadi bukan tidak masuk akal.

Ninja 250 (2018) dengan kuasa 39hp baru dilancarkan Julai lalu untuk pasaran Malaysia

Telahan kami tadi bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Menurut sumber media permotoran terkenal UK, Visordown, Kawasaki khabarnya sudah dalam proses mendaftar dua model motosikal untuk melepasi piawaian emisi udara di Lembaga Sumber Udara Caluifornia (CARB), Amerika Syarikat.

Kedua-dua model dikenal pasti menggunakan enjin 400cc yang sama, Ninja 400 baru dan juga motosikal 'rahsia' dengan kod nama ER400DK. Bagi anda yang tidak biasa dengan skema kod nama jentera Kawasaki, ER di depan merujuk kepada model naked (EX untuk versi sport fairing), disusuli sesaran enjin, varian dan tahun keluaran; lebih tinggi ranking huruf, maka lebih baharu jentera itu.

Sebagai perbandingan, Kawasaki Ninja 400 (ABS) keluaran 2018 menggunakan kod EX400HJ dan begitu juga Ninja 650 (ABS) tahun sama dengan kod EX650KJ. Jadi ER400DK di sini bermaksud motosikal naked 400cc varian D keluaran 2019 memandangkan abjad K muncul selepas J.

Perhatikan perbezaan abjad kedua selepas nombor sesaran. Senarai penuh di laman IMPEX Japan

Ya, kami faham maklumat didedahkan cuma untuk ER400DK (Z400) tapi seperti disebutkan sebelum ini, Kawasaki sangat konsisten dan mudah diramal. Ninja 400 dilancarkan sebagai sportbike aras mula untuk negara seperti AS yang mana lesen motosikal mereka tiada peringkat, tidak seperti negara lain yang mengehadkan sesaran enjin motosikal aras mula pada 250cc.  Jadi, jika Kawasaki ingin lancarkan streetfighter aras mula Z400 di Amerika Syarikat, tidak sukar untuk melihat pengeluar itu turut memperkenalkan Z250 baharu bagi memenuhi permintaan negara lain.

Bila? Memandangkan kod nama didedahkan ialah untuk motosikal keluaran 2019, kami jangka Z400 dan Z250 baharu ini mungkin buat kemunculan sulung seawal hujung tahun ini di Pameran Motosikal Milan (EICMA). Harap sabar menunggu 😉

*gambar diatas cuma gambaran rekaan Julak SenDie Design, bukan imej rasmi Kawasaki. Harap maklum.

SUMBER: Visordown.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: kawasaki ninja 2018, kawasaki z250 2019, kawasaki z250 2019 launch date, kawasaki z400

Comments

  1. Ajs says

    February 17, 2019 at 11:51 AM

    Bila agak2 nak masuk z250 2019 ni.. Ke ambik ninja pon ok, or tggu r25 v3 launch bulan 3 ni.. Confiuss.. Tlg3

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my