• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Toyota Camry Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM189,900

#KLIMS2018: Toyota Camry Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM189,900

November 23, 2018 By AO Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERSAMA Vios serba baharu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) turut melakukan debut Camry serba baharu yang kali pertama diperkenalkan di Malaysia. Sedan segmen-D ini dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) kali pertama diperkenalkan pada model kenderaan utiliti sukan (SUV), CH-R yang debut di pasaran tempatan awal tahun ini.

Platform TNGA membolehkan Camry tampil sebagai sedan yang menggabungkan ketangkasan, kejelasan dan kestabila. Rekabentuk futuristik memberikan keseimbangan berat optimum dan pusat graviti rendah untuk pengendalian responsif cemerlang walaupun dalam kelajuan tinggi.

BACA >>> Toyota Malaysia Dedah Spesifikasi dan Harga Camry Serba Baharu

Sistem suspensi belakang jenis double wishbone memberikan kawalan terbaik dan pada masa sama mengekalkan keselamatan pemanduan. Struktur badan kuat dan ciri kelas dunia lain memberikan kelegaan optimum supaya pemandu dapat terus fokus kepada keseronokan memandu.

Sedan saiz pertengahan ini didatangkan dengan ciri Toyota Safety Sense, terdiri daripada:

  • Sistem Pra Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorosng (LDA)
  • Bantuan Stereng
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Camry serba baharu 2.5V akan dijual pada harga RM189,900 untuk pendaftaran Semenanjung Malaysia dengan SST, tanpa insurans. Setiap pembelian diberikan bersama waranti 5 tahun untuk perbatuan tanpa had.

Berikut spesifikasi Camry serba baharu:

TOYOTA CAMRY

ENJIN: 2AR-FE
JENIS: 4-silinder sebaris 16-valve DOHC dengan Dual VVT-I dan ACIS
SUNTIKAN BAHAN API: Suntikan Port
SESARAN: 2,494cc
KUASA MAKSIMUM: 181hp @ 6,000rpm
TORK MAKSIMUM: 235Nm @ 4,100rpm
TRANSMISI: Automatik 6-kelajuan dengan Super ECT dan anjakan sekuensial
SUSPENSI: Strut MacPherson dan stabiliser (depan); Double Wishbone dan stabiliser (belakang)
RODA: 235/45R18, rim aloi
KESELAMATAN: 7 beg udara, Toyota Safety Sense, ABS dengan EBD & BA, BSM dengan RCTA, EPB dengan ABH, HAC, VSC, TRC, sensor parkir (depan & belakang), TPMS, ISOFIX, tali keledar depan 3-poin ELR dengan prapenegang dan pengehad daya, tali keledar belakang 3-poin ELR
CIRI: Sistem audio dengan paparan 8 inci  dengan sistem navigasi dan pembesar suara JBL, penyaman udara dual-zon dengan kawalan klimat dan ventilator belakang, paparan multiinfomasi (MID) dengan skrin TFT 7 inci, paparan dongak (HUD) berwarna 10 inci, kerusi pemandu elektrik 8-tetapan boleh laras dengan sokongan lumbar dan memori, kerusi penumpang sebelah elektrik 8-tetapan boleh laras dengan suis bahu dan penyandar boleh lipat.

GALERI
126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: KLIMS 2018, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Roda4, Sedan, sedan segmen-D, Segmen D, TNGA, Toyota, Toyota Camry Serba Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • BMW C 650 Sport & BMW C 650 GT - Harga Bermula RM64,900
    BMW C 650 Sport & BMW C 650 GT - Harga Bermula RM64,900
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my