Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai
Auto Terkini

#KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RERUAI Honda Malaysia mengetengahkan ruang pameran bertemakan ‘Frontier of Innovation’ yang berkonsepkan teknologi termaju pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018,  dengan kali pertama membariskan model konsep baharu di Malaysia, iaitu Kenderaan Sel Bahan Api (FCV), Clarity Fuel Cell.

Pengunjung turut dipersembahkan dengan model dan teknologi moden Honda seperti sistem Sport Hybrid i-MMD, termasuk Jazz dan CR-V Konsep Mugen. Selain itu, ada juga model popular lain seperti Accord, Civic, Civic Type-R, City Hybrid dan HR-V RS Baharu.

Apa yang menarik jika anda berkunjung ke reruai Honda Malaysia semperna KLIMS 2018 ini?

1. MODEL KONSEP FCV- CLARITY FUEL CELL


Clarity Fuel Cell ialah model termaju dibangunkan Honda dengan motor elektrik dikuasakan tenaga elektrik daripada penukaran hidrogen untuk menghasilkan kuasa pecutan pantas dan sifar emisi. Teknologi ini selari strategi ‘Visi Honda 2030’ yang mensasarkan menguasai pasaran global dengan pelbagai teknologi elektrifikasi termaju menerusi model buatannya.

2. HR-V RS BAHARU


Kenderaan utiliti sukan subkompak popular, HR-V tampil dalam varian RS dengan rekabentuk luaran serba sporty . Versi ‘RS’, yang bermaksud ‘Road Sailing’, dilengkapkan ciri baharu seperti Honda Lane Watch. Pelancaran model ini masih belum diputuskan, bagaimanapun tempahan sudah pun dibuka.

3. HONDA SENSING

Honda Sensing ialah teknologi bantuan pemandu yang berfungsi memberi amaran dan membantu pemandu mengelak atau mengurangkan impak perlanggaran. Teknologi ini dibangunkan menggunakan kamera monokular dan gelombang radar millimeter untuk pandangan lebih sempurna atas jalan dan sebagai langkah keselamatan tambahan.

Ada 7 ciri keselamatan Honda Sensing:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)*
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Lencong Jalan (RDM)
  • Amaran Lencong (LDW)

Teknologi ini mula diperkenalkan tahun lalu pada model CR-V, sebelum disusuli Accord dan Odyssey. Pengunjung boleh melihat dan merasai sendiri pengalaman fungsi Honda Sensing di reruai Honda Malaysia.

4. VTEC TURBO


Prestasi tinggi ialah intipati jentera Honda. Pada 2016, Honda ialah pengeluar kenderaan penumpang Jepun pertama yang memperkenalkan enjin pengecas turbo untuk model Civic kepada rakyat Malaysia, sebelum diperluaskan kepada model CR-V (2017).

Honda menggabungkan pengecas turbo dengan sistem suntikan terus dan mekanisme pemasaan injap variabel untuk menjana lebih kuasa walaupun dalam rev rendah. Hasilnya, enjin 1.5L VTEC Turbo dapat menghasilkan kuasa yang sama seperti enjin bersesaran 2.4L. Walaupun kapasiti enjin kecil, Honda tetap berupaya menawarkan prestasi luar biasa tanpa mengabaikan aspek penjimatan bahan api.

Satu lagi model yang pasti mengujakan ialah Civic Type R yang memegang rekod Kereta Pengeluaran Pacuan Roda Hadapan (FWD) paling pantas dunia selepas memecahkan rekod di litar Nürburgring, Jerman pada April 2017, sekali gus menjadi model paling berkuasa ditawarkan Honda Malaysia.

Civic Type R dikuasakan enjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 308hp dan tork 400Nm, juga salah satu enjin terbaik pernah dibangunkan Honda.

5. BILIK SENSORY ‘FRONTIER OF INNOVATION’

Honda Malaysia menyediakan ‘Bilik Sensory’ yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pelbagai teknologi termaju Honda seperti VTEC Turbo, Sport Hybrid dan Honda Sensing. Ruang khas ini juga meningkatkan pengalaman penerokaan pelanggan menerusi penggunaan dimensi digital yang membolehkan pengunjung melihat teknologi termaju Honda.

6. JAZZ DAN CR-V KONSEP MUGEN

Honda Malaysia turut mempamerkan 2 model dengan pakej aksesori Mugen: Jazz dan CR-V.

Jazz yang mencipta nama sebagai hatchback versatil tampil dengan pakej aksesori konsep Mugen tampak begitu berhaya dengan penampilan sporty.

CR-V pula, yang menjadi peneraju segmen SUV kompak, juga diberikan pakej aksesori konsep Mugen. Hasilnya ialah lagak yang dinamik dan agresif. Kedua-dua model itu dipamerkan dalam warna baharu, Passion Red Pearl (merah).

HONDA JAZZ MUGEN KONSEP
HONDA CR-V MUGEN KONSEP
Auto Terkini Honda Civic Type R Honda CR-V Mugen Honda HR-V RS Honda Jazz Mugen Honda Malaysia honda sensing KLIMS 2018 KLIMS2018 Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Roda4

    Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.