Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KLIMS 2024 Kembali Disember Ini, Peluang Menang Toyota Yaris Limited Edition!
Auto Terkini

KLIMS 2024 Kembali Disember Ini, Peluang Menang Toyota Yaris Limited Edition!

Han OthmanBy Han Othman14/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024
kembali lagi mewarnai jadual acara permotoran Malaysia bermula 5 hingga 11 Disember 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Acara kali ini adalah edisi ke-10 dengan menngumpul pembabitan tinggi daripada kalangan pengeluar tempatan dan luar negara.

APA MENARIK TENTANG KLIMS 2024?

Berikut beberapa pameran, dan aktiviti menarik sepanjang KLIMS 2024:

  • Peluang memenangi cabutan bertuah sebuah Toyota Yaris 1.5G Limited warna Platinum White Pearl (putih) dalam skema dwi-tona, dan Perodua Axia warna Lava Red (merah).
  • KLIMS 2024 dianjurkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), bertemakan ‘Melangkaui Mobiliti’ (Beyond Mobility) dengan menumpukan trend utama yang membentuk industri automotif masa depan.
  • Mendapat penyertaam hampir 70 pempamer yang menjanjikan pameran kenderaan berteknologi tinggi, solusi mobiliti mesra alam, dan penemuan baharu teknologi daripada peneraju jenama automotif serta syarikat perkhidmatan lain.
  • Dewan pameran meliputi hampir 30,000 kaki persegi di dua aras bangunan MITEC.
  • KLIMS 2024 disokong penyokong utama Kerajaan dan industri seperti Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii), Persekutuan Automotif Malaysia (AFM), Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM), dan Komponen Automotif Malaysia Persatuan Pengilang Alat Ganti (MACPMA).
  • KLIMS 2024 juga diperakui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan peranan sebagai platform utama pameran automotif Malaysia ke pasaran antarabangsa, sekali gus meningkatkan reputasi negara sebagai hab inovasi dan automotif mampan.
  • Debut eksklusif jenama terkenal seperti Perodua, Nissan, Toyota, Great Wall Motor (GWM), Kia, Morris Garage (MG), Mazda dan banyak lagi bersama pendedahan kereta konsep pada acara pembukaan.
  • Juga ada pameran kereta eksotik, koleksi model langka, pameran dan perhimpunan kereta klasik dan model miniatur (die-cast).
  • Dengan kolaborasi R&D F1 Simulation, ada pameran khas empat model ikonik Ferrari F1 yang memaparkan evolusi jentera lumba jenama itu dari era legenda Michael Schumacher hingga Charles Leclerc.
  • Pengunjung juga berpeluang membeli miniatur eksklusif Ferrari
    KLIMS 2024 turut dimeriahkan kehadiran kelab-kelab automotif tempatan.
  • Selain Hadiah Utama dan Hadiah Pertama, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai cabutan bertuah lain seperti:
    • Hadiah Kedua: Pandu EV smart #1 selama 10 hari – ditawarkan AVIS Malaysia
    • Hadiah Ketiga: Skuter bagasi elektrik daripada Lite Elala
    • Hadiah Keempat: Basikal elektrik HILEY Maxspeed X8 daripada Eforge
    • Hadiah menarik lain seperti kamera pemuka 70mai, hadiah misteri daripada Ferrari, bag hadia daripada Carage dan kad TnG KLIMS 2024 edisi khas.
  • Maklumat lanjut boleh layari klims.com.my

Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain (foto atas, berdiri tengah) berkata;

KLIMS 2024 menjadi platform penting kepada industri automotif untuk mempamerkan kemajuan terkini, memberikan pemahaman mengenai trend transformatif seperti kenderaan elektrik (EV) dan solusi mobiliti mesra alam.

“Dengan komitmen Kerajaan terhadap solusi mobiliti inovatif dan mampan, termasuk insentif untuk EV dan polisi sokongan teknologi hijau, kami menyaksikan trajektori mengujakan kepada sektor automotif kita.

“Tema tahun ini, ‘Beyond Mobility’ seiring usaha Malaysia ke atas elektrifikasi dan infrastruktur pintar yang meletakkan negara menjadi barusan depan kemajuan automotif di Asia Tenggara.

“Ketika kia memasukan era baharu ini, KLIMS 2024 akan menyerlahkan inovasi rentas industri, menggalakkan pihak berkepentaingan dari pengeluar hingga pengguna untuk menerima teknologi yang memacu tanggungjawab alam sekitar dan kecekapan.

“Kami teruja meraikan edisi ke-10 KLIMS yang menggariskan potensi Malaysia sebagai peneraju serantau dalam mobiliti masa depan.”

MAKLUMAT ACARA

  • Tarikh: 5 – 11 Disember 2024 (Khamis hingga Rabu)
  • Lokasi: Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
  • Masa Operasi: 10 pagi hingga 8 malam (hari biasa); 10 pagi hingga 10 malam (hari minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, 11 Disember (Rabu) ialah cuti umum di Selangor)
  • Tiket boleh dibeli di reg.klims.com.my
  • Harga Tiket:
    • Dewasa – RM20 (hari biasa), RM25 (hari minggu, Jumaat-Ahad dan 11/12)
    • Kanak-Kanak – PERCUMA (bawa 12 tahun), RM10 (13-17 tahun) untuk hari biasa dan hari minggu
    • Pelajar Universiti dan Kolej – RM10 (hingga 25 tahun dengan kad pelajar)

MENANG TnG EDISI KHAS, TIKET PERCUMA!

KLIMS 2024 turut menganjurkan peraduan fotografi media sosial dengan 100 pemenang kreatif akan menerima kad Touch n’ Go (TnG) x KLIMS 2024 edisi terhad berserta dua tiket masuk percuma. Pemenang dipilih berasaskan kreativiti, kaitan tema, dan tanda suka tertinggi.

RAKAN KONGSI, PENAJA KLIMS 2024

Berikut senarai syarikat dan organisasi yang terlibat sebagai rakan penaja, rakan kongsi, rakan perkhidmatan dan digital KLIMS 2024:

  • AFFIN – Penaja rasmi KLIMS 2024
  • CARSOME – Rakan kongsi tukar beli rasmi
  • Motonation – Rakan sokongan
  • R&D F1 Simulation – Pemilik lesen rasmi Ferrari Die-Cast
  • AVIS Malaysia – Penyedia perkhidmatan  E-Mobility

Rakan Kongsi Digital dan Perkhidmatan

  • Touch ‘n Go
  • JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
  • MIROS (Institur Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia)

Rakan Penaja

  • Carage
  • WEDRINK Malaysia
  • Petrosains
Auto Terkini Institur Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) KLIMS 2024 Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.