Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kisah Sedekad di Lebuhraya Persekutuan, Lebih Banyak Motosikal Kemalangan di Jalan Kereta
Auto Terkini

Kisah Sedekad di Lebuhraya Persekutuan, Lebih Banyak Motosikal Kemalangan di Jalan Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CERITA mengenai penunggang motosikal lebih suka menggunakan laluan kereta di Lebuhraya Persekutuan bukan cerita baharu. Ini berlarutan lebih sedekad walaupun ramai sedia maklum banyak nyawa penunggang motosikal terkorban akibat perbuatan itu.

Isu lorong motosikal kembali hangat selepas tular klip video seorang penunggang berjaya mengelak sebuah Honda City yang menukar lorong di Lebuhraya Persekutuan.

Tidak lama kemudian, seorang pemilik akaun Facebook, Ismail Kamal berkongsi satu klip video ke grup DashCam Owners Malaysia (video di atas).  Berikut apa dikongsikan:

PanduLaju menghubungi Ismail untuk mendengar pandangannya sebagai pemandu kereta di Lebuhraya Persekutuan dan juga penunggang di lorong motosikal. Katanya;

Saya sendiri pun dah saksikan beberapa kemalangan motor di jalan kereta, tapi saya tak simpan pula gambar dashcam kereta. Selalunya sebab motosikal mencelah di jalan kereta.

“Lagi satu sebab, ramai penunggang tak nak guna jalan motor sebab mereka nak cepat. Jalan motor tak boleh laju, ada banyak selekoh, terowong, bonggol, dan lain-lain.”

Ismail berkata lagi, ramai pemandu marah sebab apabila kemalangan membabitkan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, kesesakan teruk akan berlaku.

“Sebagai penunggang, saya faham kenapa ramai tak mahu guna jalan motor. Kebanyakannya sebab jalan motor kurang cantik. Ada lubang, sesetengah kawasan kurang penyelenggaraan, berpasir, berbonggol dan macam-macam. Memang betul apa disebut sesetengah komen. Banyak perlu dibaiki di lorong motosikal.

“Tapi pada saya, tanggungjawab keselamatan bukan hanya pada pihak berkuasa. Penunggang juga perlu bertanggungjawab. Ada yang merempit laju di jalan motor, tukar lorong tanpa signal dan masuk lorong motosikal tanpa tengok belakang. Semua tu mengundang kemalangan. Sebab tu saya tulis dalam FB, selamat jika bawa dengan halaju berpatutan.”

ISU GARISAN PUTIH LORONG MOTOSIKAL

Ismail mengakui garisan putih putus-putus di lorong motosikal perlu ada sebagai panduan kepada penunggang untuk membantu mereka kekal dalam laluan masing-masing.

Kiri untuk perlahan, kanan untuk memotong. Inilah sebab kadang-kadang ada segelintir penunggang berada di tengah jalan, terutama di selekoh.”

Dia juga berpendapat garisan putih tidak mengganggu penunggang dengan box sisi kerana kebanyakan motosikal jenis touring yang lengkap dengan kotak sisi tidak menggunakan lorong motosikal.

BANJIR DAN SAMUN

Sepanjang pengalaman menunggang di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, Ismail menyatakan banjir pernah berlaku sekitar Disember 2021 dan ada beberapa kawasan lorong motosikal di Petaling Jaya dinaiki air ketika hujan lebat.

Ismail juga menyedari kebimbangan ramai penunggang mengenai keselamatan menunggang ketika malam di lorong motosikal dengan kes samun.

Saya seboleh-bolehnya elak guna lorong motor pada malam. Tapi walapun siang dan semua terowong berlampu, tapi masih ramai risau pasal penyamun. Saya cuma banyak dengar cerita saja pasal penyamun naik motor tu.”

BACA >>> Video Bezza Hitam Langgar Lari di Lorong Motor
BACA >>> Mat Motor Nyaris Sondol City Tukar Lorong, Ini Analisis Netizen…
BACA >>> Menteri: Hadkan Laju Kapcai 70kmj Susah Nak Buat, Lorong Khas Motor Perlu Kos Besar
BACA >>> Honda Patenkan Teknologi Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA) untuk Motosikal

Auto Terkini autoterkini Isu Keselamatan Jalan Raya lebuhraya persekutuan lorong motosikal roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.