Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kilang EV Proton di Tanjung Malim Dijangka Mula Pengeluaran September 2025
Auto Terkini

Kilang EV Proton di Tanjung Malim Dijangka Mula Pengeluaran September 2025

SyafieBy Syafie19/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kilang EV Proton Tanjung Malim

PROTON Holdings Bhd mengumumkan kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Tanjung Malim, Perak kini hampir siap dan dijangka memulakan proses pengeluaran pada September 2025.

Menurut Proton, kemajuan keseluruhan projek kini berada pada 86.9 peratus, melibatkan:

  • 90.4 peratus siap bagi pembinaan infrastruktur bangunan
  • 83.5 peratus pemasangan peralatan pengeluaran

Apabila siap sepenuhnya, kilang baharu itu akan menjadi pusat pengeluaran pelbagai model EV berasaskan platform Arkitektur Modular Global (GMA).

Proton e.MAS 7 Jadi Model Pertama

Proton e.MAS 7 2026 - Turquoise Green
Proton e.MAS 7 2026 - Turqouise Green

Pengeluaran akan bermula dengan model EV pertama Proton e.MAS 7, sebelum disusuli Proton e.MAS 5 yang kini giat ditayangkan dalam siri jelajah seluruh negara.

Kedua-dua model itu dijangka menjadi penanda aras penting dalam usaha Proton memperkenalkan mobiliti elektrik kepada rakyat Malaysia.

Kapasiti Pengeluaran hingga 45,000 Unit

Pada peringkat awal, kilang berkenaan mampu menghasilkan 20,000 unit setahun. Namun kapasiti boleh dipertingkat berperingkat hingga 45,000 unit setahun, bergantung permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

Bagi menyokong operasi kilang, Proton kini menumpukan kepada pengambilan pekerja operasi dan teknikal.

  • Sehingga kini, 30 pekerja bukan eksekutif diambil dan sedang menjalani latihan penuh
  • Kilang itu dijangka menjana lebih 200 peluang pekerjaan baharu, terutama dalam bidang teknikal dan industri EV

Sokongan Penuh Geely

Logo Geely Auto

Sebagai rakan kongsi strategik, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) menyokong pembangunan kilang berkenaan menerusi:

  • Panduan teknikal sistem pengeluaran
  • Pemilihan peralatan berteknologi tinggi
  • Penempatan pakar pemasangan dan ujian
  • Latihan luar negara untuk kakitangan Proton

Semua itu bagi memastikan Proton menepati piawaian global pembuatan EV.

Komitmen Proton ke Arah Masa Depan Mampan

Ketua Kejuruteraan Pembuatan Proton, Wan Yousry Mohamed menyifatkan kilang baharu itu sebagai simbol transformasi Proton.

Ini langkah bersejarah untuk syarikat dan negara. Kami bukan saja menghasilkan EV pertama Malaysia, tetapi meletakkan asas kepimpinan negara dalam landskap EV serantau,” katanya.

Proton Letak Malaysia di Peta EV Serantau

Pembukaan kilang EV Proton di Tanjung Malim bukan saja membuka lembaran baharu industri automotif negara, tetapi turut menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab serantau EV.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 yang bakal bermula September ini akan menjadi detik bersejarah buat rakyat Malaysia apabila EV buatan tempatan pertama meluncur di jalan raya.

SUMBER: SinatHarian

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Kilang EV Proton Proton Holding Bhd
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tren Rapid KL Tergelincir Di Chan Sow Lin, Laluan Ampang/Sri Petaling Tergendala Pagi Ini

    28/05/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Turun Minggu Ini

    28/05/2026
    Auto Terkini

    Polisi BDR Penjawat Awam, Kurangkan Subsidi Petrol RM4.2 Juta

    28/05/2026
    Auto Terkini

    Rider Makanan Tertekan, Tempahan Merosot Sejak Awal Tahun

    28/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.