Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Perkenal Sportage Ace (2021), Edisi Khas untuk Pasaran China
Roda4

Kia Perkenal Sportage Ace (2021), Edisi Khas untuk Pasaran China

Han OthmanBy Han Othman23/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Sportage versi dipertingkat (facelift) didedahkan di China sempena Pameran Auto Guangzhou dengan rekabentuk yang berbeza berbanding model antarabangsa.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) ini dibina berasaskan Hyundai ix35 dan diberikan nama Sportage Ace. Rupa depan menampilkan gril ‘hidung harimau’ bersaiz besar dengan kemasan hitam berkilat yang disatukan bersama lampu utama.

BACA >>> Inilah Rupa Kia Sportage Apabila Pasang Gril BMW

Juga ada kemasan panel krom yang melintang sepanjang atas gril hingga lampu utama. Rekaan lampu tidak sama seperti model Kia sedia ada, termasuk lampu siang (DRL) tajam yang disepadukan bersapa signal belok. Contoh ditunjukkan dalam gambar ialah varian GT Line yang berikan bersama spliter depan jingga.

Dari sisi, tidak banyak perubahan dilakukan dengan tingkap dan pintu dikekalkan daripada model sedia ada. Rim dwi- tona hitam dan perak dibalut tayar jenis semua rupa bumi (all-terrain). Melihat bahagian belakang, rekaan lampu belakang mengambil ilham model Telluride dan Sorento, serta lencana Sportage besar dan bampar belakang dengan aksen jingga, difuser dan dwi-ekzos.

Kia masih belum mendedahkan foto dalaman SUV tersebut. Model Sportage facelift versi global khabarnya akan tampil berbeza dengan model China ini berdasarkan foto intip yang tersiar.

BACA >>> Kia Sorento, Sportage Lama Kekal Laku Keras di AS Sepanjang Julai 2020

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia China Kia Sportage Ace (2021) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
Roda4

Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

08/06/2026
Roda4

Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

08/06/2026
Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.