Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia EV6 First Edition (2022) – Beberapa Jam Sahaja 1,500 Unit Habis Ditempah
Roda4

Kia EV6 First Edition (2022) – Beberapa Jam Sahaja 1,500 Unit Habis Ditempah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA 1,500 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia EV6 First Edition yang diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) habis ditempah dalam tempoh beberapa jam. Harga seunit model edisi terhad EV6 First Edition ialah AS$58,500 (RM240,750).

Tempahan secara atas talian itu menetapkan syarat bayaran deposit serendah AS$100 (RM411) dibuka pada 3 Jun lalu. Namun,  disebabkan ada masalah teknikal, hari pembukaan tempahan terpaksa ditangguh kepada 8 Jun lalu.

Berikut perincian EV6 First Edition (2022):

BACA >>> Imej Kia K3 (2022) Didedah! Tampil Rekabentuk Serba Baharu Lebih Mengancam

  • Penghantaran EV6 First Edition kepada pengedar dijangka bermula suku pertama 2020 untuk semua 50 negeri di AS.
  • Pelanggan yang buat tempahan boleh memilih salah satu hadiah ditawarkan iaitu:
    • Alat pengecas di kediaman.
    • Kredit 1000kWh menerusi rangkaian stesen pengecas di seluruh negara.
    • Jam tangan Apple Watch yang boleh dihubungkan kepada suit Kia Connect kenderaan EV6.
  • 81 peratus pelanggan yang membuat pra-tempahan memilih alat pengecas di kediaman.
  • EV6 ialah model kenderaan elektrik penuh pertama Kia yang dibina menggunakan Platform Modular Elektrik Global (E-GMP) dan menyokong sistem pengecas berkapasiti 400v dan 800v.
  • Kia mendakwa EV6 boleh mencapai jarak 112km selepas dicas selama 5 minit menerusi alat pengecas pantas dan lebih 330km selepas 18 minit.

BACA >>> Pakar: Kereta Elektrik Perlu Pandu Jauh, Dimiliki Lama Sebagai Bukti Kenderaan Hijau

  • Ada tiga warna pilihan, iaitu Urban Yellow (kuning) dengan kerusi hitam, Glacier (putih) – kerusi hijau gelap dan Steel Gray Matte (kelabu) -kerusi hitam.
  • Warna badan Urban Yellow dan kerusi hijau gelap bagi Glacier adalah varian eksklusif.
  • Ciri eksklusif lain ditawarkan ialah sil pintu dengan latar pencahayaan dan paparan First Edition, lencana nombor siri, paparan dongak (HUD) realiti terimbuh (AR), Bantuan Parkir Pintar Kawalan Jauh, ciri bumbung matahari, rim 20 inci dan sistem audio premium 14 pe,besar suara Meridian.

BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia

Varian Kia EV6 di AS

Ada dua jenis sistem pacuan roda untuk EV6 di AS, iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).

58.0kWh / RWD:

  • Tiada data jarak pemanduan diberi
  • Bateri 58.0kWh
  • 160kW menerusi motor belakang

77.4kWh / RWD:

  • Mampu capai jarak 483km
  • 160kW menerusi motor belakang

77.4kWh / AWD:

  • Mampu capai jarak 483km
  • Pecutan hingga 96.5kmj cuma 5.1 saat
  • Dipasang dua unit motor untuk AWD
  • Motor belakang 160kW dan depan 70kW

77.4 kWh / AWD GT:

  • Tiada data jarak pemanduan diberi
  • Pecutan hingga 96.5kmj cuma 3.5 saat
  • Dipasang dua unit motor lebih berkuasa
  • Kuasa maksimum 430kW dan tork 740Nm
  • Motor belakang 270kW, depan 160kW

BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Teknologi RCTA dalam Sistem Bantuan Pemandu?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kereta Hibrid yang Perlu Anda Tahu

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Paling Selamat Hendak Memotong Kenderaan Lain?

SUMBER: InsideEVS | AutoHindustanTimes

Kia Kia Elektrik KIA EV6 First Edition (2022) Kia EV6 US
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.