• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol

Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol

May 4, 2021 By Arif Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah terbiasa dengan gaya hidup 'segera' yang serba pantas sama ada dari segi makanan dan teknologi.

Walaupun pasaran kenderaan elektrik (EV) sedang meningkat naik di sana, tetapi satu-satunya kelemahan terbesar adalah tempoh masa mengecas yang sangat lama berbanding masa diperlukan untuk mengisi minyak.

Berdasarkan kajian dilakukan universiti penyelidikan di AS, UC Davis, ramai pemandu merindukan detik mengisi minyak petrol dengan pantas. Malah dapatan menunjukkan satu daripada lima pemilik EV bertukar semula kepada kereta petrol. 

Kajian dilakukan berasaskan sampel yang melibatkan pemilik di California yang membeli EV dari 2012 hingga 2018. Pasukan penyelidik mendapati proses pengecasan adalah faktor utama pemilik tidak lagi menggunakan EV. Ia boleh jadi kerana tiada akses kepada pengecasan pantas Tahap Dua (Level 2), atau memang tidak suka mengecas kereta.

JENIS, HARGA PENGECAS BUAT PEMILIK PUTUS ASA

Salah seorang penyelidik, Dr Scott Hardman berkata, kebanyakan pemilik putus asa menggunakan EV disebabkan jenis pengecas yang mereka ada. Jika pemilik tiada pengecas rumah (home charger), atau hanya pengecas standard Tahap Satu (Level 1), faktor itu akan memburukkan pengalaman pemilikan mereka. 

Kajian juga menunjukkan 23 peratus pemilik yang terus menggunakan kenderaan EV mempunyai pengecas Tahap Dua, manakala 24 peratus lagi menaik taraf pengecas daripada Tahap Satu kepada Tahap dua. 

Faktor lain yang mungkin membuatkan pemilik berputus asa adalah harga pengecas mahal dalam julat AS$300 (RM1,230) hingga AS$1,500 (RM6,170), bergantung jenis dan tidak termasuk kos pemasangan. Malah, kajian mendapati 70 peratus pemilik EV toada akses kepada pengecas Tahap Dua.

KESIMPULAN

Apa yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut?

Penyelesaian yang jelas, proses pengecasan perlu lebih mudah. Walaupun stesen cas semakin mudah didapati di AS, tetapi agak sukar merancang perjalanan kerana perlu berhenti dan mengambil masa 30-45 minit hanya untuk mengecas.

Pasukan penyelidik juga mengingatkan jika masalah tersebut tidak ditangani, lambat-laun ia boleh menjejaskan jualan EV pada masa akan datang.

BACA >>> Pakar: Harga Kereta Elektrik Bakal Sama dengan Kereta Petrol pada 2023
BACA >>> Kenapa Port Pengecas Kereta Elektrik Tidak Universal?

SUMBER: Jalopnik

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, charging port, electric vehicle, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, port pengecas, stesen cas, Stesen Cas Tesla, Tesla, uc davis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my