Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenapa Port Pengecas Kereta Elektrik Tidak Universal?
Auto Terkini

Kenapa Port Pengecas Kereta Elektrik Tidak Universal?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASARAN kenderaan eletrik (EV) semakin mendapat tempat di pasaran, terutama negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun. Ini perkembangan baik dalam usaha mengurangkan pencemaran disebabkan penggunaan kenderaan bahan api fosil seperti diesel dan petrol.

Jarak perjalanan yang mampu dilakukan EV juga semakin baik. Lihat saja Tesla, semua kereta jenama itu kini mampu dipandu lebih 480km untuk sekali cas. Jika kemampuan pengecasan bertambah baik, pasaran EV akan semakin berkembang, dan tidak mustahil mampu menggantikan sepenuhnya kereta diesel dan petrol pada masa akan datang. 

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

BANYAK STESEN CAS, TAPI JENAMA TERTENTU SAJA

Porsche Taycan Turbo
Ford Mustang Mach E

Namun, di sebalik kemajuan dalam aspek pembangunan EV, ada isu yang menjadikan ia masih di belakang kereta konvensional, iaitu port pengecas dan stesen cas. Di AS misalnya, walaupun rangkaian stesen cas EV di sana sangat maju, tetapi banyak didominasi Tesla. Sebaliknya, pengeluar EV lain seperti Porsche menerusi model Taycan Turbo S dan Ford (Mustang Mach-E) ada stesen cas sendiri yang menyebabkan semua model itu tidak boleh menggunakan stesen cas Tesla tanpa adapter. 

Situasi berkenaan menimbulkan persoalan, kenapa semua pengeluar EV tidak guna saja port pengecas universal? Sama seperti USB untuk telefon pintar, atau soket 3-pin untuk barangan elektronik. Bukankah lebih baik jika rangkaian stesen cas sedia ada boleh digunakan semua kereta eletrik? Bayangkan stesen minyak dibenarkan mengisi minyak untuk satu jenama kereta saja, memang payahkan?

Jika pengeluar kereta benar-benar mahu kereta eletrik menjadi kenderaan alternatif masa depan, port pengecas mesti universal bagi meyakinkan pengguna menggunakan kereta eletrik tanpa perlu risau terputus bekalan kuasa sepanjang perjalanan.

Anehnya, Tesla sebenarnya sudah menawarkan kepada pengeluar EV lain untuk menggunakan paten port pengecas, tetapi tidak diterima. Tawaran itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk melalui Twitter ketika menjawab soalan YouTuber teknologi terkenal, Marques Brownlee (MKBHD), yang membahaskan isu tersebut.

Persoalannya, jika Tesla terbuka berkongsi teknologi, kenapa tiada pengeluar mengambil tawaran tersebut? Adakah kerana ego?

BACA >>> Elon Musk Paling Kaya di Planet Bumi, Pendapatan Cecah RM748 Bilion!

PERCUMA ADA MAKNA?

Tesla mengarahkan pengguna untuk kembali pada kereta dengan segera selepas pengecasan selesai

Berdasarkan artikel tulisan Mack Hogan dalam portal Road and Track, alasan kenapa tiada pengeluar yang mahu menerima tawaran itu ialah syarat diletakkan Tesla jika mahu menggunakan paten walaupun diberikan percuma.

Syaratnya,  pengeluar perlu ‘acting in good faith’, iaitu tidak boleh mengetepikan Tesla dalam apa jua urusan. Secara ringkas, Tesla dibenarkan mengakses hak intelektual pengeluar yang menggunakan paten berkenaan dan tidak boleh membawa kes ke mahkamah. Jika berlaku juga, kerjasama antara Tesla dan pengeluar tersebut akan terbatal. Jadi, ‘harga’ sebenar perlu dibayar untuk menggunakan paten Tesla adalah tinggi berbanding tawaran percuma yang berselindung di sebaliknya.

Kesimpulannya, port pengecas universal penting untuk meningkatkan tahap kepenggunaan kereta eletrik. Namun, kegagalan sesama pengeluar bekerjasama merumitkan isu sedia ada.

BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju

SUMBER: YouTube MKBHD|RoadAndTrack

charging port Ford Ford Mustang Mach-E Kereta kereta eletrik Mustang Porsche Taycan porshe taycan taycan turbo s Tesla Tesla Model S
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.