• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Elon Musk Paling Kaya di Planet Bumi, Pendapatan Cecah RM748 Bilion!

Elon Musk Paling Kaya di Planet Bumi, Pendapatan Cecah RM748 Bilion!

January 8, 2021 By AO Leave a Comment

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ELON MUSK menjadi manusia terkaya di planet Bumi dengan pendapatan peribadi dinilai mencecah AS$185 bilion (RM748 bilion) yang juga kali pertama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu berada di ranking teratas dunia.

Kekayaan Musk itu memintas pengasas Amazon, Jeff Bezos sebagai individu terkaya sejak 2017.

Musk ketika mengetahui berita itu selepas dikicau kelab peminat Tesla di Tweeter hanya menjawab;

Peliknya,
Baiklah, jom masuk kerja"

Musk memiliki kira-kira 20 peratus pegangan dalam Tesla dan meraih keuntungan daripada syarikat teknologi itu berdasarkan prestasi semasa di pasaran saham.

Harga saham Tesla mencecah AS$700 bilion (2.8 trilion) pada Rabu lalu, menjadikan ia lebih bernilai daripada Toyota, Volkswagen, Hyundai, GM dan Ford jika digabungkan bersama. Pada permulaan 2020 lalu, harga saham Tesla berada pada AS$115 bilion (RM464 bilion).

tesla-logo
elon-musk

Peningkatan itu diperoleh daripada beberapa berita mengenai kereta elektrik yang mana Tesla baru-baru ini mengumumkan sudah menghasilkan lebih 500,000 unit kereta pada 2020 walaupun berdepan pandemik global. Keseluruhan penghantaran sepanjang 2020 ialah 499,550 unit, cuma kurang 450 unit daripada sasaran yang diumumkan awal tahun lalu.

Angka dicapai itu menunjukkan kenaikan memberangsangkan berbanding tahun sebelum itu, iaitu kira-kira 367,500 penghantaran pada 2019, yang juga meningkat 50 peratus berbanding 2018.

Di Britain misalnya, data Persatuan Pengilang dan Pedagang Motor (SMMT) mendedahkan jualan kereta elektrik di negara itu meningkat 180 peratus tahun ke tahun kepada 108,205 unit. Tesla Model 3 pula menjadi model paling laris di pada Disember lalu dengan jualan hampir 6,000 unit.

BACA >>> Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat
BACA >>> Xpeng G3 - Kereta Elektrik Cantik dari China yang Sudah Masuk Pasaran Norway

SUMBER: AutoCar.co.uk

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Elon Musk, Elon Musk Terkaya Dunia, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Manusia Terkaya Dunia, Tesla, Tesla Model 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my