Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerusi Kanak-Kanak Volvo-Britax Romer Generasi Baharu, Selesa, Mudah dan Selamat
Auto Terkini

Kerusi Kanak-Kanak Volvo-Britax Romer Generasi Baharu, Selesa, Mudah dan Selamat

Han OthmanBy Han Othman24/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO mengumumkan pelancaran kerusi kanak-kanak Volvo generasi baharu yang menjadi sebahagian daripada komitmen syarikat automotif itu dalam memastikan tiada orang yang terbunuh atau cedera teruk dalam kereta Volvo menjelang 2020.

Pengeluar kereta Sweden itu mendakwa kerusi tersebut menumpukan kepada rekabentuk, keselesaan dan mudah. Ketua Teknikal Kanan bahagian Pencegahan Kecederaan di Volvo Car Safety, Lotta Jakobsson berkata, ramai pengguna mengadu isu keselamatan kanak-kanak dalam kereta sebagai perkara rumit dan kadangkala menjadi subjek yang mengelirukan.

SESUAI PELBAGAI PERINGKAT UMUR, SAIZ

“Selama beberapa tahun kami menumpukan usaha mendalami panduan jelas mengenai bagaimana kerusi kanak-kanak sepatutnya digunakan dan cara terbaik memasangnya.

“Fokus kami adalah memastikan kanak-kanak berada dalam perjalanan  dengan cara paling selamat bergantung kepada saiz dan usia mereka. Ini bermakna kerusi hadap-belakang sesuai untuk kanak-kanak sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun, sebelum beralih kepada boster (booster) atau kerusi kanak-kanak sehingga mencapai ketinggian 140sm.

“Faedah keselamatan masih lagi dipertikai. Ramai ibu bapa tidak menyedari meletakkan kanak-kanak dalam kerusi hadap-depan terlalu awal. Salah satu alasan terbanyak ialah keselesaan, kerana anak-anak mereka mengadu tidak cukup ruang letak kaki dan terlalu panas akibat kesan upholsteri,” kata Lotta.

Volvo melancarkan tiga kerusi kanak-kanak, satu kerusi bayi, dan boster yang dibangunkan bersama dengan syarikat pengeluar kerusi kanak-kanak, Britax-Romer. Kerusi baharu itu direka untuk dipadankan dengan keperluan kanak-kanak pelbagai peringkat umur dan saiz.

volvo_child_seats

  • Kerusi Bayi – hadap-belakang (hingga 13kg atau 9 bulan).
  • Kerusi Kanak-Kanak – hadap-belakang, daripada 9 bulan hingga 6 tahun (sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tahun seperti saranan Volvo).
  • Kerusi Booster – hadap-depan bagi kanak-kanak yang beralih daripada kerusi hadap-belakang (bermula 3 hingga 10 tahun).

“Kami percaya kanak-kanak akan lebih selesa menggunakan kerusi hadap-belakang ini dan akan menggalakkan ibu bapa meletakkan anak-anak mereka dalam kerusi tersebut lebih lama.

“Ini ialah impak langsung kepada keselamatan kanak-kanak dan menjadi sokongan kepada Visi 2020 kami, di mana tiada orang yang akan terbunuh atau cedera teruk dalam kereta Volvo menjelang 2020,” katanya lagi.

Apakah kerusi Volvo ini akan memasuki pasaran Malaysia? Harap-harap ya. Tetapi apa yang menyedihkan adalah ramai kalangan ibu bapa negara ini yang masih kurang peka tentang kepentingan meletakkan anak-anak dalam kerusi khas. Dan statistik kemalangan pula semakin meningkat saban tahun. Sedih bukan. :'(

SUMBER: Sweedespeed.com

booster seat boster childseat kerusi hadap-belakang kerusi hadap-depan kerusi kanak-kanak Volvo Visi Volvo Volvo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.