• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerusi Kanak-Kanak Volvo-Britax Romer Generasi Baharu, Selesa, Mudah dan Selamat

Kerusi Kanak-Kanak Volvo-Britax Romer Generasi Baharu, Selesa, Mudah dan Selamat

May 12, 2016 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO mengumumkan pelancaran kerusi kanak-kanak Volvo generasi baharu yang menjadi sebahagian daripada komitmen syarikat automotif itu dalam memastikan tiada orang yang terbunuh atau cedera teruk dalam kereta Volvo menjelang 2020.

Pengeluar kereta Sweden itu mendakwa kerusi tersebut menumpukan kepada rekabentuk, keselesaan dan mudah. Ketua Teknikal Kanan bahagian Pencegahan Kecederaan di Volvo Car Safety, Lotta Jakobsson berkata, ramai pengguna mengadu isu keselamatan kanak-kanak dalam kereta sebagai perkara rumit dan kadangkala menjadi subjek yang mengelirukan.

SESUAI PELBAGAI PERINGKAT UMUR, SAIZ

"Selama beberapa tahun kami menumpukan usaha mendalami panduan jelas mengenai bagaimana kerusi kanak-kanak sepatutnya digunakan dan cara terbaik memasangnya.

"Fokus kami adalah memastikan kanak-kanak berada dalam perjalanan  dengan cara paling selamat bergantung kepada saiz dan usia mereka. Ini bermakna kerusi hadap-belakang sesuai untuk kanak-kanak sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun, sebelum beralih kepada boster (booster) atau kerusi kanak-kanak sehingga mencapai ketinggian 140sm.

"Faedah keselamatan masih lagi dipertikai. Ramai ibu bapa tidak menyedari meletakkan kanak-kanak dalam kerusi hadap-depan terlalu awal. Salah satu alasan terbanyak ialah keselesaan, kerana anak-anak mereka mengadu tidak cukup ruang letak kaki dan terlalu panas akibat kesan upholsteri," kata Lotta.

Volvo melancarkan tiga kerusi kanak-kanak, satu kerusi bayi, dan boster yang dibangunkan bersama dengan syarikat pengeluar kerusi kanak-kanak, Britax-Romer. Kerusi baharu itu direka untuk dipadankan dengan keperluan kanak-kanak pelbagai peringkat umur dan saiz.

volvo_child_seats

  • Kerusi Bayi – hadap-belakang (hingga 13kg atau 9 bulan).
  • Kerusi Kanak-Kanak – hadap-belakang, daripada 9 bulan hingga 6 tahun (sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tahun seperti saranan Volvo).
  • Kerusi Booster - hadap-depan bagi kanak-kanak yang beralih daripada kerusi hadap-belakang (bermula 3 hingga 10 tahun).

“Kami percaya kanak-kanak akan lebih selesa menggunakan kerusi hadap-belakang ini dan akan menggalakkan ibu bapa meletakkan anak-anak mereka dalam kerusi tersebut lebih lama.

"Ini ialah impak langsung kepada keselamatan kanak-kanak dan menjadi sokongan kepada Visi 2020 kami, di mana tiada orang yang akan terbunuh atau cedera teruk dalam kereta Volvo menjelang 2020," katanya lagi.

volvo_baby_seats
volvo_child_seats-2
volvo_child_seat_3

Apakah kerusi Volvo ini akan memasuki pasaran Malaysia? Harap-harap ya. Tetapi apa yang menyedihkan adalah ramai kalangan ibu bapa negara ini yang masih kurang peka tentang kepentingan meletakkan anak-anak dalam kerusi khas. Dan statistik kemalangan pula semakin meningkat saban tahun. Sedih bukan. :'(

SUMBER: Sweedespeed.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment, Volvo Tagged With: booster seat, boster, childseat, kerusi hadap-belakang, kerusi hadap-depan, kerusi kanak-kanak Volvo, Visi Volvo, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my