Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerjasama Bajaj-Triumph Sasar Kuasai Pasaran Motosikal 250-700cc di India
Auto Terkini

Kerjasama Bajaj-Triumph Sasar Kuasai Pasaran Motosikal 250-700cc di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


USAHASAMA Bajaj Auto dan Triumph Motorcycles sudah diumumkan sejak suku ketiga tahun lalu, dan antara objektif kerjasama tanpa ekuiti itu adalah bertujuan meluaskan pasaran motosikal kelas pertengahan di India.

Terkini, menurut laporan IndianAutosBlog, usahasama Bajaj Auto dan Triumph Motorcycle akan mensasarkan pasaran segmen 250cc hingga 700cc. Jika merujuk Triumph Motorcycles India secara individu, pengeluar asal British itu akan menumpukan kepada pembuatan model 500cc ke atas.

Triumph akan bersaing dengan Harley-Davidson sebagai pendahulu segmen tersebut. Dalam usaha menjadikan produk lebih kompetitif, Triumph akan menambah pembuatan 90 peratus produk pemasangan tempatan (CKD) pada 2017 kepada 95 peratus menjelang penghujung Jun depan.

Kerjasama Bajaj-Triumph bakal menawarkan barisan produk saiz pertengahan yang bukan saja untuk pasaran India tetapi juga antarabangsa. Pertumbuhan jualan motosikal Triumph berada pada 17 peratus bermula Julai 2017 hingga Januari 2018, dan mensasarkan pertumbuhan 10-15 peratus dengan jumlah jualan 1,300 unit menjelang hujung tahun ini.

6 MODEL TRIUMPH BAHARU DI INDIA

Bagi tahun ini, Triumph Motorcycles akan memperkenalkan Tiger 800 dan Tiger 1200, serta 4 model lain di India. Selain produk baru, pengeluar itu juga bakal membuka pusat jualan ke-15 di Gurgaon, disusuli Mangalore dan Goa. Jelas sekali Triumph benar-benar komited mahu meningkatkan kapasiti pengeluaran produk dan mengukuhkan rangkaian jualan di salah satu pasaran motosikal terbesar dunia itu.

Di India, jualan motosikal segmen 250-500cc ialah kira-kira 800,000 unit setahun yang didominasi Royal Enfield, diikuti KTM dan Bajaj. Segmen tersebut juga menawarkan potensi jualan hingga  1 juta unit.

Auto Terkini Bajaj Auto Fast Bikes Sdn Bhd segmen saiz pertengahan Triumph Triumph Motorcycles
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    25/04/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!

    26/04/2026
    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.