Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Kereta Terbang’ NEC Mampu Terapung Seminit, Setinggi 3 Meter
Auto Terkini

‘Kereta Terbang’ NEC Mampu Terapung Seminit, Setinggi 3 Meter

Han OthmanBy Han Othman13/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR produk elektronik dari Jepun, NEC berjaya menghasilkan ‘kereta terbang’, yang dibangunkan bersama  syartikat start-up tempatan, Cartivator yang berupa dron gergasi dengan empat unit propeler dan mampu terapung dengan stabil selama kira-kira seminit, manakala jarak ketinggian dari tanah pula mencecah 3 meter.

Ujian dilakukan dalam sangkar khas bagi tujuan keselamatan di fasiliti NEC dekat pinggir bandar Tokyo sambil disaksikan beberapa kumpulan wartawan yang sebelum itu dimaklumkan tentang langkah keselamatan tinggi yang perlu diambil.

Syarikat di Jepun itu bertuah kerana mendapat sokongan tinggi Kerajaan yang memang berhasrat membangunkan kereta terbang untuk dijadikan pengangkutan komersial menjelang 2030. Segalanya bermula selepas tragedi tsunami, gempa bumi dan bencana nuklear yang melanda Fukushima, timur laut Jepun pada 2011.

BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Sudah 75 Peratus Siap, Dibangunkan Syarikat Tempatan

Tokyo mendapatkan Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah akses ke kawasan yang terjejas akibat bencana alam. Malah ia juga boleh digunakan untuk tujuan pelancongan dan penghantaran.

DISOKONG KERAJAAN, DAN LEBIH 80 PENAJA

Cartivator pernah melakukan ujian sama pada 2011, tetapi gagal. Selepas bekerjasama dengan NEC, misi itu berjaya direalisasikan. NEC ialah antara lebih 80 syarikat penaja untuk kereta terbang Cartivator itu, selain penaja utama lain seperti Toyota Motor Corp dan Bandai Namco Holdings.

Dipanggil sebagai EVtol sebagai singkatan untuk kenderaan ‘electric vertical takeoff and landing’ (kenderaan elektrik mendarat dan berlepas vertikal), kereta terbang ini didefinisikan sebagai pesawat udara atau elektrik hibrid dengan kemampuan terbang tanpa pemandu dan boleh mendarat dan berlepas secara menegak.

Seperti mana konsep kereta terbang lain, ia cukup luas untuk memuatkan manusia, dan lebih baik daripada helikopter yang mahal untuk disenggara, bising ketika terbang dan memerlukan juruterang terlatih.

Jika mengambil kira perkembangan teknologi semasa, Jepun boleh dikatakan terlambat dalam membangunkan kereta terbang. Negara seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China terlebih dahulu menguar-uarkan prototaip kereta atau motosikal terbang masing-masing.

BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

Malah, Malaysia juga khabarnya akan memperkenalkan prototaip kereta terbang tahun ini. Ya, tahun sama ketika Jepun menerusi NEC baru saja memperkenalkan kereta terbang mereka.

Auto Terkini Cartivator Dron Kereta Terbang Kereta Terbang Jepun NEC syarikat start-up teknologi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.