Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kereta Sport Mazda dengan Enjin Rotari Bakal Kembali?
Roda4

Kereta Sport Mazda dengan Enjin Rotari Bakal Kembali?

Han OthmanBy Han Othman17/10/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK model RX-8 dinisankan pada 2012, ramai ternanti-nanti bilakah Mazda akan menghidupkan semula sebuah lagi kereta pengeluaran berenjin rotari? Terbaharu, menurut laporan Automotif News, enjin ikonik itu dikatakan bakal kembali selewat-lewatnya 2019!

Bos trenkuasa Mazda global, Mitsuo Hitomi berkata, enjin rotari mungkin akan dikembalikan, dan bakal tampil sebagai enjin pelanjut (extender) untuk menjana kuasa daripada enjin kenderaan elektrik (EV) bagi perjalanan jauh.

Laporan laman web itu agak rasional apabila difikirkan jika kita mengambil kira rekabentuk enjin rotari yang kompak, kurang gegaran dan mampu menghamburkan cukup output kuasa. Memang padanan yang sesuai untuk sebuah EV.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari – Pakej Enjin Kecil Kuasa Besar

Menurut laporan itu lagi, EV Mazda itu akan berada di pasaran pada 2019 dalam dua konfigurasi, EV penuh dan satu lagi, EV dengan enjin extender (rotari).

BUKAN IDEA BAHARU

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Mazda memperkatakan enjin rotari sebagai enjin extender. Pengeluar automotif dari Jepun itu sebelum ini pernah mendedahkan bateri Mazda2 Concept pada 2013 yang menggunakan enjin rotari 330cc sebagai generator model konsep tersebut.

Mitsuo turut memaklumkan bahawa Mazda juga ada enjin rotari lain sedang dalam pembangunan dan akan menjadi nadi utama kereta sport Mazda baharu. Namun tidak dapat dipastikan apakah tuntutan pasaran mampu merealisasikan enjin berkenaan ke pasaran massa.

BACA >>> Mazda Bakal Kembalikan Enjin Rotari Menjelang 2019

TERPULANG PASARAN

Apapun, kehadiran sport baharu Mazda berenjin rotari adalah bergantung kepada situasi perniagaan sama ada dapat dipenuhi atau tidak. Tiada kaitan dengan isu teknikal, kata Mitsuo lagi.

Apakah kami benar-benar bersedia menjual banyak model kereta sport?  Di luar sana pun tidak banyak syarikat auto yang menjual aneka kereta sport.”

Walaupun kemunculan kereta sport siri RX baharu masih menjadi tanda tanya, tetapi fakta terkini mengenai pembangunan enjin rotari baharu Mazda itu memang tidak boleh dinafikan. Sekurang-kurangnya berita itu melegakan banyak pihak, terutama peminat Mazda sendiri.

SUMBER: Road and Track

enjin rotari EV Kenderaan Elektrik (EV) Kereta Sport mazda Mazda RX-8 Mitsuo Hitomi Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

01/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Roda4

Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

01/07/2026
Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
Auto Terkini

Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

By Abang Hirata30/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.