Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kereta Sport Jadi Kenderaan Berniaga, Mamat Jepun Jual Keledek Guna Mazda MX-5
Autotainment

Kereta Sport Jadi Kenderaan Berniaga, Mamat Jepun Jual Keledek Guna Mazda MX-5

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ke Jepun, anda mungkin boleh cuba cari Eroko, si pemilik Mazda MX-5. Bukan untuk tengok roadster generasi NC miliknya. Apa yang unik tentang lelaki Jepun itu ialah dia menjadikan kereta sport itu sebagai kenderaan rasmi untuk berniaga ubi keledek sekitar bandar Yokohama.

Eroko menjadikan ruang belakang model softtop MX-5 itu untuk memanggang ubi keledek dan mengiklankan lokasi jualannya menerusi Twitter. Dia bagaimanapun cuma menjual ubi keledek pada sebelah malam. Cara jualan unik itu pantas melonjakkan popularitinya di kalangan pembeli setempat dan pengikut Twitter.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Lebih dikenali sebagai ‘Yokohama Rodo Pot’, singkatan perkataan Yokohama/Roadster/Yakimo, ‘MX-5 ubi bergerak’ itu dapat dilihat sekitar Sakuragi-cho setiap minggu, dan Stesen Kamakura setiap Rabu. Selain keunikan cara jualan menggunakan kereta konvertibel, ubi keledek Eroko juga mendapat pujian pelanggan. Cukup lazat dan menyelerakan.

GUNA KONSEP ‘YUKA HARUDA’

Menurut Eroko, dia menggunakan konsep ‘Yuka Haruka’, bermaksud cemerlang dari segi rasa dan penampilan. Konsep itu diterjemahkan pada model roadster itu yang menelan belanja sekitar ¥40,000-¥500,000 (RM1,450-RM18,130), membabitkan pengubahsuaian peralatan seperti bahagian troli tunda import yang disambung ke badan kereta dan direka sendiri. Dia juga mengakui kesukaran mencari kedai yang boleh mendapatkan peralatan selamat dan sesuai seperti diingininya.

BACA >>> Mazda MX-5 Speedster Evolution & MX-5 RF Kuro Tampil Debut di SEMA 2016

Ubi manis dijual pada harga ¥300 (RM10). Lokasi jejaka ubi keledek itu boleh dikesan menerusi status Twitter miliknya. Hmm, siapa pula pemilik MX-5 Malaysia yang sudi ubah suai kereta mereka macam Eroko? Tetapi, jika melihat harga, kami yakin ramai pemilik MX-5 di Malaysia akan berfikir dua kali untuk melakukannya.

GALERI
autotainment bermaz Motor Jepun jual ubi kereta konvertibel Kereta Sport mazda Mazda MX-5 roadster Roda4 ubi manis
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Man on 22/02/2018 12:59

      Tobat la pemilik mx5 d malaysia nak buat mcm ni..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.