Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Nasional Ke-3? Ya, Ini Betul-Betul, Bukan Cubaan!
Auto Terkini

Kereta Nasional Ke-3? Ya, Ini Betul-Betul, Bukan Cubaan!

Han OthmanBy Han Othman25/08/20176 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUTOMOTIF dan politik walaupun tidak sepatutnya dicampur adukkan, tetapi memang pula tidak dapat dielakkan. Buktinya seperti apa dilaporkan akhbar TheStar mengenai hasrat Parti Harapan yang mungkin menubuhkan satu lagi syarikat kereta nasional jika berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kenyataan itu diumumkan pengerusi kepada gabungan pakatan Pembangkang itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa penubuhan sebuah lagi syarikat automotif akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan kemampuan kejuruteraan.

Proton, menurut Dr Mahathir, berjaya memacu penubuhan banyak pengeluar automotif yang menghasilkan komponen dan alat ganti kereta. Bekas Perdana Menteri Malaysia itu turut mengeluh mengenai penjualan saham kepada firma automotif China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely).

Malaysia ialah satu-satunya negara membangun yang berjaya dalam menghasilkan kereta yang sama standard dengan negara-negara maju. Kereta Proton ada semua ciri yang ada pada kereta yang datang dari negara luar.

“Satu-satunya perkara Proton tiada adalah tidak mematuhi standard Euro 5 atau Euro 6, dan kita boleh miliki jika kita bersedia membayar harganya.”

Pada Jun lalu, DRB-Hicom Bhd memeterai perjanjian menjual 49.9 peratus pegangan saham Proton Holdings Bhd kepada Geely yang bernilai RM460.3 juta.

Proton ditubuhkan pada 1983, hasil cetusan idea Dr Mahathir dan kekal bertahan sehingga ke hari ini. Bagaimana, pengeluar automobil nasional itu berdepan persepsi dan reputasi buruk  sejak beberapa tahun lalu hingga mencatatkan kerugian teruk.

Kerugian demi kerugian yang melanda memaksa syarikat induk, DRB-Hicom menjual kepentingan subsidiarinya itu kepada Geely.


ATASI HALANGAN PERSEPSI


Komen kami, tanpa sedikit pun merendahkan kewibawaan Dr Mahathir, kami tetap merasakan idea menubuhkan sebuah lagi syarikat automotif bukanlah idea yang bagus. Masalah yang membelenggu masyarakat Malaysia sekarang ialah persepsi, dan selagi isu itu tidak diatasi, sebagus mana pun produk tidak akan mampu mengambil hati pembeli.

Tidakkah terfikir kenapa Geely membeli Proton? Kenapa dia mahu menyerang Asean menerusi Proton? Kenapa Geely tidak bawa masuk saja model-model Geely yang memang mengancam itu? Semua soalan di atas perlu dikupas, dianalisis dan dihujah dengan penuh kejujuran dan kewarasan.

Seperkara lagi, apakah kereta baharu itu nanti namanya Neutron? Neuron atau Voltron? Sekadar berspekulasi…

Auto Terkini DRB-Hicom Bhd Geely Kereta Pakatan Harapan politik syarikat automotif ketiga Tun Dr Mahathir
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

08/07/2026
Auto Terkini

Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

08/07/2026
Auto Terkini

Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

08/07/2026

6 Comments

  1. meor on 26/08/2017 04:06

    Kalau pakai duit TDM sendiri yes please go ahead….tapi kalau sekali lagi memperjudikan aset negara baik tak payah la…

    Reply
  2. Uzmin on 26/08/2017 11:28

    Klu mcm tu tak pyh la melabur mana mana atau utk apa.sja…toksah la.dok meniaga apa apa pon klu takot rugi..kutip cukai simpan sja dlm bank

    Reply
  3. Kmj on 27/08/2017 11:02

    Buat pelaburan macam 1YEMDEEBEE…… meniaga buluh kasap… Masuk angin keluar asap.

    Reply
  4. Limau on 27/08/2017 14:52

    Ayat xleh blah….hahahaha….
    Apa pun tarak….

    Reply
  5. meor on 27/08/2017 21:13

    berapa byk mau bail out la..dari zaman TDM sampai la zaman najib..duit kita nak jadi ape..yg sedap mentekedarah kroni2 PM2 ni jgk..kita rakyat dapat ape???
    sokong tu biar la ade waras sikit..bukan semata2 individu semata2..terkangkang2 terjerit2 sokong najib dgn TDM apah tak dapat..

    Reply
  6. Awanglokan on 28/08/2017 15:47

    Ye ke msa dtuk madir dulu berapa bnyok yg bangkrap tengok bus naella ngn bndar mec gambang apa yg tnggl taik hampat madir xdan nok beranok doh bangkrap hahaa

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.