Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Elektrik (EV) Mesti Ada Bunyi Jika Pandu Perlahan Bawah 30kmj – NHTSA
Auto Terkini

Kereta Elektrik (EV) Mesti Ada Bunyi Jika Pandu Perlahan Bawah 30kmj – NHTSA

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/03/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENTADBIRAN Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat (AS) merancang menguatkuasakan peraturan baru kenderaan elektrik (EV) yang mewajibkan pengeluar menghasilkan bunyi khas untuk EV dalam kelajuan rendah.

Menurut peraturan baru itu, menjelang 2019, EV dan hibrid mesti mengeluarkan bunyi sebagai isyarat kepada pejalan kaki, penunggang basikal, dan orang buta supaya mereka dapat mengesan kehadiran kenderaan tersebut. Peraturan berkenaan adalah seiring Akta Peningkatan Keselamatan Pejalan Kaki (PSEA) yang diluluskan Kongres AS pada 2010, dengan sokongan kumpulan kejuruteraan, SAE International dan industri, termasuk kumpulan penyokong orang buta.


NHTSA berpendapat bunyi tambahan itu mampu menghalang sekitar 2,400 kecederaan pejalan kaki setiap tahun menjelang 1 September 2020 sebaik saja setiap kenderaan baru hibrid dan EV diarahkan mematuhi peraturan tersebut. Pengeluar diwajibkan memasang peranti bunyi itu pada sekurang-kurangnya separuh model dikeluarkan menjelang September 2019.

Sebagai permulaan, cuma kenderaan di bawah muatan 454kg disenaraikan kecuali motosikal EV, motosikal roda tiga, dan trak tugasan berat dan sederhana. Kenderaan petrol dan diesel dengan sistem henti-mula (stop-start) automatik pula tidak perlu, sebaliknya wajib untuk segmen EV dan hibrid.

PERLU PASANG PEMBESAR SUARA LUARAN

NHTSA akan mewajibkan pengeluar kereta memasang pembesar suara luaran yang bertujuan memancarkan ‘nada asas’ apabila kenderaan bergerak, mengundur, atau sedang bergerak hingga kelajuan 30kmj. Maksud nada asas di sini ialah pengeluar tidak perlu meniru bunyi seakan enjin pembakaran dalaman. Sebaliknya, bunyi itu mestilah dalam dua atau empat nada antara 315Hz dan 5000Hz, dengan sela masa satu per tiga oktaf.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

Kekuatan bunyi juga perlu dinaikkan 3dB bagi setiap peningkatan kelajuan 9.6kmj. Di bawah kuasa elektrik, EV perlu menghasilkan 47dB-67dB yang sesuai dengan fungsi telinga manusia. NHTSA turut menganalisis bunyi terhadap hidupan liar dan mendapati peningkatan pencemaran di kawasan bandar dan luar bandar tidak lebih 1dB.

Jika dibandingkan bunyi persekitaran bandar (pada 55dB), bunyi EV adalah antara 1.1dB-2.7dB lebih kuat daripada persekitaran sekeliling. Ini nampak semacam bertentangan dengan apa dikatakan NHTSA, tetapi pertambahan bunyi itu dibuat untuk menjadikan EV lebih  mudah dikesan pengguna jalan raya lain.

SENYAP BERISIKO BAHAYA

EV ibarat kenderaan halimunan dalam kelajuan rendah. Apatah lagi EV memang hampir tidak berbunyi langsung ketika berada dalam posisi tidak bergerak. Bagamanapun, beberapa pengeluar kereta seperti Honda menerusi Accord Hibrid (2017) menghasilkan nada khas seakan bunyi desing yang semakin bising apabila pemandu meningkatkan kelajuan. Nissan Leaf juga melakukan perkara sama.

SUMBER: Road and Track

Auto Terkini autotainment EV Kenderaan Elektrik (EV) NHTSA Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) roda2 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante – Kini Lebih Ringan, Super SUV Paling Pantas Dunia!

    02/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.