Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Rancang Wajibkan Aplikasi MySejahtera untuk Semua Premis Seluruh Negara
Auto Terkini

Kerajaan Rancang Wajibkan Aplikasi MySejahtera untuk Semua Premis Seluruh Negara

Han OthmanBy Han Othman04/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN akan mewartakan pengunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalami masalah mengesan kontak rapat di premis yang tiada rekod maklumat pelanggan sekiranya berlaku kes positif Covid-19.

“Cabaran kementerian untuk mengesan kontak rapat sebab pertama premis tidak menggunakan MySejahtera atau aplikasi lain.

“Kedua, premis tiada rekod pelanggan. Sepatutnya premis perlu ada rekod pelanggan termasuk nombor telefon pelanggan yang masuk ke premis tersebut,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Putrajaya, semalam.

PELAKSANAAN TEMCO

Menjawab soalan mengenai tindakan KKM mengesan kontak rapat di premis yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera, Dr Noor Hisham berkata KKM sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di kawasan terlibat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan Pejabat Peguam Negara akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara dengan pengecualian dibenarkan di kawasan luar bandar, bandar kecil yang tiada capaian Internet.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihati masyarakat supaya tidak mengambil tindakan berupa ancaman fizikal terhadap pesakit Covid-19 kes index 8937, yang menjadi punca jangkitan kepada Kluster PUI Sivagangga.

“Individu tersebut memang sudah melanggar kepatuhan dan kita sudah denda individu itu. Jangan kita menjalankan atau mengambil undang-undang di tangan kita. Biarkan penguatkuasaan jalankan dan gunakan Akta 342 dan akta lain yang berkaitan,” katanya.

BACA >>> Ismail: Kenderaan Persendirian Tak Wajib Pakai Pelitup Muka

SUMBER: Bernama

Aplikasi aplikasi mobil Aplikasi MySejahtera Auto Terkini Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Imbas
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

22/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Auto Terkini

Malaysia Terima ATR 72-600 Kelas Perniagaan Pertama Dunia Milik Berjaya Air

22/05/2026
Puspakom lancar insurans dalam talian
Auto Terkini

Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.