Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Akan Lantik Jururunding Audit untuk Analisis Cadangan Hapus Tol (Ye Ke?)
Auto Terkini

Kerajaan Akan Lantik Jururunding Audit untuk Analisis Cadangan Hapus Tol (Ye Ke?)

Han OthmanBy Han Othman10/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kerja Raya dilaporkan akan melantik jururunding audit bebas bertauliah awal Januari tahun depan bagi membantu kerajaan menganalisis data dan cadangan mengenai isu penghapusan kutipan tol, menurut laporan dipetik BHarian.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, analisis data dan cadangan itu termasuklah mengurangkan beban tol secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

BACA >>> Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif – Menteri Kerja Raya

“Jemaah menteri pada 31 Oktober lalu selepas menimbang hala tuju industri tol negara ini bersetuju melantik jururunding audit bebas bertauliah tersebut.

“Hasil kajian daripada analisis itu dijangka akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri pada Mei tahun depan,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan R Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong) mengenai bilakah Kerajaan akan menghentikan kutipan tol di jambatan Pulau Pinang pertama dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Baru berkata lagi, Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi mengurangkan kadar tol lebuh raya dan memansuhkan kutipan tol di semua lebuh raya termasuk PLUS dan di jambatan Pulau Pinang, tetapi hanya akan dilaksanakan selepas kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan stabil dan kukuh.

KOMEN KAMI

Jika ada peribahasa yang boleh dikaitkan dengan kenyataan menteri ini, bunyinya ialah ‘bagai menanti buah yang tidakkan gugur’ ataupun ‘bagai menunggu kucing bertanduk’. Kenyataan ‘hanya akan dilaksanakan selepas kedudukan kewangan negara stabil dan kukuh’ itu hanyalah sekadar menyedapkan hati kita semua.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

Faktanya, caj tol itulah bayaran yang digunakan untuk kos penyenggaraan dan operasi. Jika tiada tol, bermakna Kerajaan bersedia memiliknegarakan PLUS dan menukarkan status lebuh raya bertol di bawah pengurusan swasta kepada lebuh raya persekutuan percuma di bawah kementerian atau jabatan Kerajaan dengan kos yang pasti menelan berbilion ringgit.

Isunya, bukankah Kerajaan sangat peduli dengan hutang negara? Bukankah sebelum ini Kerajaan pernah bisingkan tentang isu RapidKL yang rugi, sedangkan itu antara contoh paling mudah tentang kos yang perlu ditanggung Kerajaan apabila menguruskan kemudahan dan fasiliti awam. Apakah kualiti servis Kerajaan selepas mengambil alih PLUS kelak akan lebih baik ataupun menyamai kualiti kecekapan ditawarkan PLUS hari ini?

Jawapan ringkas kami, sudah-sudahlah kita semua mempolitikkan isu jalan raya bertol sama ada percuma atau tidak. Seeloknya, lipat gandakan usaha untuk menaik taraf jalan raya persekutuan seadilnya supaya rakyat ada alternatif selain dipaksa membayar tol.

Auto Terkini Baru Bian Hapus Tol Kementerian Kerja Raya Lebuh Raya Tol Menteri Kerja Raya tol
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.