Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III
Roda2

Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III

Abang HirataBy Abang Hirata15/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SANA-sini ada banyak isu didebatkan daripada agenda pemanasan global, karbon neutral hingga kenderaan mesra alam. Kereta elektrik antara topik yang menjadi tumpuan hingga banyak negara mahu mengharamkan terus penjualan enjin pembakaran dalaman.

Antara soalan yang perlu ditanya dan direnungkan, kenapa perlu guna kereta? Apa sudah jadi kepada kaedah pengangkutan alternatif lain seperti berjalan kaki, menunggang basikal atau sekurang-kurangnya skuter elektrik (e-skuter)? Jika sesebuah Kerajaan melihat isu itu secara holistik, pasti kemudahan untuk ketiga-tiga cara bergerak itu diberikan perhatian.

Di sebalik pelbagai soalan dan saranan, trend menunggang basikal dan e-skuter sudah berada dalam perhatian pengeluar motosikal seperti Ducati yang sudahpun menawarkan pengangkutan dua roda dikuasakan bateri, dinamakan Ducati Urban e-mobility dengan sejumlah produk roda dua dikuasakan bateri.

Bagaimanakah kenderaan seperti e-skuter memberi manfaat kepada pengguna?

e-Skuter tidak hanya untuk bersuka ria, tetapi menjadi pelengkap kepada pengangkutan awam atau dipanggil first dan last mile. Misalnya, andaikan jarak kediaman kita dari stesen LRT dalam lingkungan 1km, hendak berjalan rasa jauh pula dan memenatkan.

Di sinilah, e-skuter boleh dijadikan alternatif pengangkutan hijau yang tidak melepaskan sebarang emisi berbahaya tanpa memerlukan subsidi petrol daripada Kerajaan. Kenderaan sama juga boleh digunakan untuk ke kedai runcit, klinik atau surau berhampiran.

Terbaharu, Ducati memperkenalkan e-skuter PRO-III, yang juga model tambahan kepada skuter elektrik Ducati Air, PRO-I dan PRO-II.

Berikut fakta mengenai PRO-III:

  • Dibangunkan pemegang lesen dan rakan komersial MT Distribution dengan sokongan pusat rekabentuk Centro Stile Ducati, serta model paling canggih dalam siri produk Ducati Urban e-mobility.
  • Model ini perlu dihidupkan menggunakan teknologi NFC. Pengguna perlu bawa sekeping kad kecil atau token pada paparan hendal untuk menghidupkan skuter.
  • Dari segi teknikal, PRO-III dilengkapi motor tanpa sikat (brushless) dengan kuasa puncak 515W.
  • Bateri 468Wh dibekalkan boleh digunakan sejauh 50km, lebih daripada mencukupi untuk berulang-alik dari KLCC ke Bukit Bintang.
  • Masa mengecas penuh cuma sembilan jam, manakala kelajuan maksimum 25kmj.
  • Memiliki berat 17.5kg dan mampu menampung berat hingga 100kg.

  • Menggunakan tayar tiubles 10 inci dengan ciri antipancit, dan turut dilengkapi sistem brek cakera di depan dan belakang, termasuk lampu LED yang boleh digunakan pada siang atau malam.
  • Sistem brek PRO menggunakan teknologi KERS untuk menjana tenaga elektrik.
  • Menggunakan frem magnesium ringan dan kuat serta mampu menyerap getaran lebih baik.
  • Paparan dibekalkan port USB untuk mengecas telefon pintar dan pelbagai peranti.

  • Ada aplikasi Ducati Urban e-mobility dibangunkan firma rekabentuk Itali, Italdesign yang membolehkan pengguna mengetahui pelbagai maklumat seperti tahap kuasa bateri, jarak perjalanan dan lokasi terakhir.
  • Pengguna juga boleh mendapatkan khidmat bantuan teknikal pada masa nyata (real time) semudah WhatsApp.
  • Dijual pada harga €799 (RM3,850).
  • Skuter ini sesuai dijadikan koleksi Ducati di rumah. Tidak perlu lagi hidupkan Panigale anda semata-mata untuk ke kedai depan rumah!

BACA >>> Sport Adventure Paling Berkuasa, Ducati Multistrada V4 Pikes Peak Lancar, Harga RM120k

Ducati Ducati PRO-III Ducati Urban e-mobility e-Skuter Motosikal Bebas Emisi Motosikal Mesra Alam roda2 skuter elektrik
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    ZXMoto Lancar 820RR-R Di China Dengan Harga Lebih Mampu Milik

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.