Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenapa Pelumba Moto2 Agak Bergelut Jadi Juara MotoGP?
Auto Terkini

Kenapa Pelumba Moto2 Agak Bergelut Jadi Juara MotoGP?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KELAS Moto2 bermula pada 2010 dan tahun ini genap usia 9 tahun. Sejak ditubuhkan, Moto2 menjadi jambatan buat pelumba muda untuk menyeberang masuk ke kelas MotoGP.  Marc Marquez misalnya ialah pelumba Moto2 yang kini menjadi juara dunia MotoGP. Ini termasuk nama lain seperti Tony Elias, Stefan Bradl, Pol Espargaro, Tito Rabat, Johann Zarco hingga Franco Morbidelli serta pelumba negara kita, Hafizh Syahrin yang belum lagi dinobatkan sebagai juara MotoGP.

Kenapa ini berlaku? Di manakah silapnya?

Sebelum ini ada jurang terlalu jauh antara Moto2 dan MotoGP, dan jurang paling signifikan ialah ciri elektronik. Namun situasi berubah pada 2018 apabila Moto2 menggunakan enjin berasaskan Honda CBR600RR dengan ECU dan sistem data logger daripada 2D. Impaknya, ramai pelumba yang baru kali pertama naik ke kelas MotoGP mengakui terkejut dengan perbezaan elektronik canggih pada jentera kelas premium.

BACA >>> Diuji di Aragon, Enjin Triumph Siap Sedia Hadapi Cabaran Moto2 Musim Depan

Segalanya bakal berubah apabila tiba musim 2019. Jentera Moto2 bakal menggunakan enjin Triumph 765cc dengan  ECU dan sistem data logger daripada Magneti Marelli. Ada banyak ciri lain dibekalkan seperti Ride-by-Wire hingga sistem terotel tanpa mekanikal. Kehadiran semua sistem elektronik itu memerlukan jentera Moto2 dipasangkan tetapan Brek Enjin berdasarkan sensitiviti posisi trek, posisi gear, kecondongan motosikal dan rev (RPM) enjin.

Bahagian enjin juga dinaik taraf daripada 4 silinder sebaris 600cc (128hp) kepada 3 silinder sebaris 765cc (131hp), iaitu 27 peratus peningkatan kuasa, dan 30 peratus tork yang dapat dirasakan pada rev enjin lebih rendah.

Secara teori, tork pada rev rendah memberi ruang kepada pelumba Moto2 musim depan untuk tidak perlu menetapkan kelajuan selekoh lebih tinggi supaya dapat  memecut selepas selekoh. Kelajuan selekoh lebih rendah bererti dinding tepi tayar akan lebih ‘terawat’.

Casis Moto2 musim 2019 juga sangat berbeza dengan enjin lebih tinggi. Biasanya hanger suspensi yang biasa digunakan sebagai ‘pendulum fleksibel’  ketika membelok memiliki dimensi lebih pendek. Jadi, pengeluar perlu mengemas kini rekabentuk dan material casis apabila ‘pendulum fleksibel’ hilang apabila Moto2 menggunakan enjin CBR600RR.

2019 MotoGP Auto Terkini Magneti Marelli Moto2 moto2 2019 MotoGP Triumph
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.