• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa Pelumba Moto2 Agak Bergelut Jadi Juara MotoGP?

Kenapa Pelumba Moto2 Agak Bergelut Jadi Juara MotoGP?

August 19, 2018 By AI Leave a Comment

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELAS Moto2 bermula pada 2010 dan tahun ini genap usia 9 tahun. Sejak ditubuhkan, Moto2 menjadi jambatan buat pelumba muda untuk menyeberang masuk ke kelas MotoGP.  Marc Marquez misalnya ialah pelumba Moto2 yang kini menjadi juara dunia MotoGP. Ini termasuk nama lain seperti Tony Elias, Stefan Bradl, Pol Espargaro, Tito Rabat, Johann Zarco hingga Franco Morbidelli serta pelumba negara kita, Hafizh Syahrin yang belum lagi dinobatkan sebagai juara MotoGP.

Kenapa ini berlaku? Di manakah silapnya?

Sebelum ini ada jurang terlalu jauh antara Moto2 dan MotoGP, dan jurang paling signifikan ialah ciri elektronik. Namun situasi berubah pada 2018 apabila Moto2 menggunakan enjin berasaskan Honda CBR600RR dengan ECU dan sistem data logger daripada 2D. Impaknya, ramai pelumba yang baru kali pertama naik ke kelas MotoGP mengakui terkejut dengan perbezaan elektronik canggih pada jentera kelas premium.

BACA >>> Diuji di Aragon, Enjin Triumph Siap Sedia Hadapi Cabaran Moto2 Musim Depan

Segalanya bakal berubah apabila tiba musim 2019. Jentera Moto2 bakal menggunakan enjin Triumph 765cc dengan  ECU dan sistem data logger daripada Magneti Marelli. Ada banyak ciri lain dibekalkan seperti Ride-by-Wire hingga sistem terotel tanpa mekanikal. Kehadiran semua sistem elektronik itu memerlukan jentera Moto2 dipasangkan tetapan Brek Enjin berdasarkan sensitiviti posisi trek, posisi gear, kecondongan motosikal dan rev (RPM) enjin.

Bahagian enjin juga dinaik taraf daripada 4 silinder sebaris 600cc (128hp) kepada 3 silinder sebaris 765cc (131hp), iaitu 27 peratus peningkatan kuasa, dan 30 peratus tork yang dapat dirasakan pada rev enjin lebih rendah.

Secara teori, tork pada rev rendah memberi ruang kepada pelumba Moto2 musim depan untuk tidak perlu menetapkan kelajuan selekoh lebih tinggi supaya dapat  memecut selepas selekoh. Kelajuan selekoh lebih rendah bererti dinding tepi tayar akan lebih 'terawat'.

Casis Moto2 musim 2019 juga sangat berbeza dengan enjin lebih tinggi. Biasanya hanger suspensi yang biasa digunakan sebagai ‘pendulum fleksibel'  ketika membelok memiliki dimensi lebih pendek. Jadi, pengeluar perlu mengemas kini rekabentuk dan material casis apabila ‘pendulum fleksibel' hilang apabila Moto2 menggunakan enjin CBR600RR.

Moto21
Moto22
Moto23
Moto24
Moto25
4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Auto Terkini, Magneti Marelli, Moto2, moto2 2019, MotoGP, Triumph

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my