Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenapa dan Apa Perlu Buat untuk Elak Tayar Merekah?
Autotainment

Kenapa dan Apa Perlu Buat untuk Elak Tayar Merekah?

Han OthmanBy Han Othman30/05/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAYAR anda mungkin nampak sempurna dari jauh, tetapi apabila datang dekat, mulalah nampak tanda-tanda haus dan lusuh (wear and tear). Jangan terkejut, sebab ini perkara normal melainkan hari ini tukar tayar, tetapi esok sudah wear and tear. Itu mungkin tayar anda kena rembat dan diganti pencuri dengan tayar terpakai.

Tayar memang akan mengalami masalah haus dan lusuh selepas digunakan kerana ia satu-satunya komponen kenderaan yang bergesel dengan permukaan jalan, bergantung kepada seberapa kerap anda memandu dan seberapa lama tayar itu digunakan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

Bagaimanapun, apabila anda melihat rekahan superfisial atau kecil di dinding atau bunga tayar, itu masalah yang tidak boleh diambil mudah. Kalau dibiarkan lama, tanda-tanda rekah atau reput itu akan semakin banyak dan menjalar, sekali gus mengurangkan jangka hayat tayar dan prestasi atas jalan.

KENAPA TAYAR MEREKAH?


1. SINAR ULTRAUNGU DAN OZON

Nampak macam sangat saintifik, tetapi inilah faktanya. Matahari ialah antara punca kerosakan tayar dan sinaran ultraungu yang dibebaskan mampu menyebabkan degradasi ke atas komponen itu. Ini termasuk kesan gas ozon yang mempercepatkan proses degradasi tersebut.

Fakta ini menjelaskan kenapa pemandu di kawasan bandar, yang ada banyak pencemaran melibatkan gas ozon dan radiasi matahari kerap mengalami masalah tayar merekah atau reput.

2. BAHAN KIMIA BUATAN MANUSIA

Tayar sebenarnya sudah siap ada lapisan pelindung, tetapi boleh terhapus sedikit demi sedikit mengikut masa jika anda dengan konsisten menggunakan sabun dan bahan kimia kuat untuk mencuci kenderaan. Apabila lapisan terhapus, tayar akan mudah terdedah kepada radiasi, gas ozon,  dan elemen lain yang boleh menyebabkan rekahan kecil muncul.

BACA >>> Ok atau Tak Cuci Kereta Guna ‘Chemical’? Ketahui 3 Tip Mudah Tanggalkan Kotoran Degil

3. PENGOKSIDAAN

Ini ialah proses penting yang perlu anda faham. Tayar akan hilang fleksibiliti apabila semakin berusia. Boleh bayangkan sebiji epal yang perlahan-lahan akan reput dan membusuk juga kalau dibiarkan lama.

Dalam situasi tertentu, suhu tinggi turut memburukkan lagi proses pengoksidaan. Ini bermakna, semakin panas dan kering kawasan tempat tinggal anda, maka semakin cepat tayar kereta mengalami masalah rekahan.

4. TABIAT MEMANDU BURUK

Gemar memecut sepanjang masa, dan kerap bergesal dengan apa saja konkrit atas jalan boleh menyebabkan usia tayar menjadi tua lebih awal dan cenderung mengalami kerosakan dan rekahan. Antara punca tayar merekah ialah tabiat memandu kereta dengan tayar kurang atau lebih isian angin kerana ia menyebabkan tekanan ke atas dinding tepi tayar.


BAGAIMANA MENGELAK TAYAR MEREKAH?


1. MEMANDU DENGAN BAIK DAN JANGAN LUPA SENGGARA TAYAR

Ini tip paling asas yang boleh sesiapa saja lakukan untuk mengurangkan masalah tayar merekah atau memanjangkan jangka hayat komponen getah itu. Antara praktis yang boleh dibuat ialah membrek dengan perlahan dalam situasi pemanduan henti-mula ketika sedang bersesak atas jalan, berhati-hati ketika memarkir kenderaan, mengisi angin tayar dengan jumlah tekanan yang betul, dan membersihkan tayar dengan bahan selamat dan bukan jenis pengakis.

2. SENTIASA GUNAKAN TAYAR

Jangan biarkan kereta anda tidur terlalu lama. Anda perlu pandu sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk ‘mengurut’ getah dan mengekalkan fleksibiliti tayar supaya tahan lebih lama.

3. TUKAR TAYAR

Ramai pengeluar menyarankan kita menukar tayar selepas 10 tahun daripada masa membeli. Apapun, gunakan akal budi. Anda perlu tukar lebih awal sekiranya tayar mengalami banyak rekahan, haus dan tidak lagi cekap bekerja.

BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?

4. GUNA PELINDUNG TAYAR

Ada banyak pelindung tayar yang dapat membantu mengurangkan kesan kerosakan akibat ozon dan radiasi ultraungu. Biasanya, pelindung itu berupa cecair khas yang disapu pada tepi tayar untuk memberikan satu lagi lapisan perlindungan tambahan.

Seeloknya, pilihlah jenis pelindung berasaskan air, atau boleh juga pilih jenis berasaskan minyak selagi tiada kimia kuat dimasukkan dalam bahan tersebut.


KESIMPULAN


Memang mudah menyebabkan tayar merekah, tetapi mudah juga untuk menghalang masalah itu berlaku dengan melakukan beberapa tip pemanduan berhemat yang direkomenkan di atas. Jangan pula lupa menyenggara tayar dan ini memerlukan komitmen berterusan dari segi masa dan tenaga. Tetapi cukup berbaloi kalau apa yang anda lakukan itu mampu membuatkan tayar bertahan lama dan dapat beraksi baik!

SUMBER: Carmudi

autotainment Elak Tayar Merekah Kenapa Tayar Merekah Selenggara Tayar Tayar Tayar Merekah tip Tip Senggara Tayar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

2 Comments

  1. Hazizul on 25/07/2020 09:54

    Nak bertanya tayar kereta saya merekah halus yang banyak di permulaan bunga tayar….adakah tayar boleh di gunakan

    Reply
  2. AO on 30/05/2021 12:03

    Kalau tayar sudah lebih lima tahun, elok tukar baru

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.