Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenapa CCAR.my Layak Jadi Platform Jual Beli Kereta Paling Syok?!
Autotainment

Kenapa CCAR.my Layak Jadi Platform Jual Beli Kereta Paling Syok?!

Han OthmanBy Han Othman01/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARI ini muncul banyak platform jual-beli kereta terpakai atas talian yang memberikan pengalaman membeli-belah jadi lebih mudah dan tidak lagi sesukar dulu.

Ya, tidak perlu lagi buang masa singgah dari satu kedai ke kedai lain, kemudian tulis senarai kereta pilihan, termasuk harga, buat perbandingan setiap kereta dan akhir sekali datang balik ke kedai sekian-sekian untuk  beli kereta terpakai idaman hati. Kebetulan pula kereta itu sudah ada orang lain ‘sambar’. Memang melepas beb!

BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini

Sekarang semua mudah, buka saja telefon pintar atau duduk depan komputer pun sudah boleh jual dan beli kereta terpakai secara atas talian. Lagi senang kalau platform atas talian itu bukan saja membeli, tetapi turut menjual kereta terpakai. Senang cerita, macam platform CCAR.my yang kami layari ini.

CCAR.my lain sikit kerana menjadi platform yang berfungsi sebagai hab atau pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kereta terpakai seperti berikut:

1. CARMARKET – Pasar Raya Kereta Idaman Anda!

Nak beli kereta terpakai? Layari CCAR.my dan klik pautan CarMarket pada menu utama. Kita akan dibawa pada laman khas dengan senarai pelbagai kereta untuk dibeli, terdiri daripada pelbagai jenama dan segmen, sama ada kereta import terpakai (rekon), kereta terpakai atau kereta baharu.

Bagi memudahkan carian, kita boleh senarai pendekkan kereta pilihan mengikut harga, tahun dan jumlah perbatuan. Kita juga boleh tahu ejen penjual kereta terpakai tersebut. Juga ada foto lengkap luaran dan dalaman kereta.

Menariknya, setiap kolum kereta yang dijual (rekon dan terpakai), disertakan bersama butang pautan yang memudahkan pembeli berkomunikasi dengan jurujual sama ada secara WhatsApp atau buat panggilan telefon.

Pembeli juga boleh buat perbandingan spesifikasi dan harga (maksimum 4 pilihan kereta) dengan mengetik butang ‘VS’. Paling menarik, ada butang paparan 360º yang membolehkan kita melihat sekeliling kereta. Juga ada butang mengenai maklumat pendaftaran seperti geran kereta, dan akhir sekali kalkulator.

Menarik mengenai butang kalkulator, kita cuma perlu klik dan sistem akan terus memaparkan anggaran asas jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar dengan deposit 10 peratus, tempoh pinjaman 9 tahun dan faedah 3 peratus (lihat contoh atas). Memang menjimatkan masa sebab tidak perlu masukkan satu-persatu semua maklumat tersebut.

Tapi kalau hendak masukkan maklumat spesifik seperti pendekkan tempoh pinjaman atau deposit lebih tinggi, boleh saja ubah sendiri.

2. CARFREAKS – Media Sosial untuk Jual Beli Kereta

CarFreaks ialah antara segmen utama ditawarkan CCAR.my. Ia berfungsi sebagai ruang media sosial kepada peminat kereta untuk berkongsi apa saja tentang dunia automotif. Kita juga boleh bertanyakan sebarang persoalan mengenai dunia automotif di ruang Social Board untuk mendapatkan respons daripada pengguna lain.

Menariknya, kita boleh menggunakan medium CarFreaks ini untuk menubuhkan laman komuniti untuk kelab kereta. Caranya semudah mendaftarkan diri dengan CCAR.my, dan selepas itu jemputlah rakan kelab masuk ke grup.

3. SOCIAL NEWS & VIDEO – Mantapkan Pengetahuan Automotif Anda!

Laman ini menghimpunkan berita-berita automotif tempatan dan antarabangsa yang disuapkan daripada laman web berwibawa Malaysia dalam Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris, termasuk konten multibahasa daripada CCAR.my sendiri.

Juga ada konten video dalam tiga bahasa utama, iaitu BI, BM dan Mandarin daripada YouTuber terkenal dalam bidang automotif seperti PanduLaju.com.my, Roda Pusing TV, Tai Choo Yee dan lain-lain.

4. DRIVING SCHOOL – Jom Belajar Memandu Secara Digital

Ya, kita boleh belajar teori memandu secara digital di laman ini dengan menjawab kuiz demi kuiz yang dipaparkan secara rawak pada bar kanan. Anda akan dapat jawapan segera untuk setiap kuiz diberikan.

Kemudian, apabila sudah rasa cukup pandai, bolehlah mula buat ujian digital dan tengok berapa tinggi pula markah yang dapat. Kalau sudah yakin boleh. Bolehlah daftar sekolah memandu sebenar. Amacam?

5. PETROL PRICE – Ingat Harga Minyak, Ingat CCAR.my

Harga minyak di laman ini dipaparkan dalam bentuk graf yang diplotkan mengikut warna minyak seperti berikut.

  • Merah – RON97
  • Kuning – RON95
  • Kelabu – Diesel Euro5
  • Hitam – Diesel Euro2

Sekali tengok macam papan saham. Apa yang bagus, kita dapat melihat perkembangan harga minyak dulu dan sekarang yang mana trend turun naik harga adalah bergantung kepada harga minyak mentah dunia. Ingat harga minyak, ingat CCAR.my!

KINI DI MEDIA SOSIAL UTAMA!!!

Bukan saja di laman web, CCAR.my juga memiliki platform media sosial lain seperti Facebook, Instagram dan YouTube yang boleh anda layari untuk mengetahui kemas kini terbaharu tentang dunia kereta.

Jangan lupa tonton sesi LIVE bersama CCAR.my!

BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini
BACA >>> C-HR Tak Dapat, Duit Pula Lesap Lebih RM13k

Auto Terkini CCAR.my Kereta Rekon Kereta terpakai Platform Jual Beli Kereta Terpakai Platform Kereta Rekon PLatform Kereta Terpakai
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.