Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenali Jenis Enjin [SIRI 1]: Enjin Sebaris – Paling Cekap dan Mudah Senggara
Autotainment

Kenali Jenis Enjin [SIRI 1]: Enjin Sebaris – Paling Cekap dan Mudah Senggara

Han OthmanBy Han Othman25/08/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK penciptaan enjin pembakaran dalaman, terdapat beratus-ratus rekabentuk enjin sudah dicipta. Namun, kebanyakan enjin yang dibangunkan itu akhirnya bertumpu kepada empat kategori berbeza: Sebaris, V-Type, Boxer dan W-Type.

Siri pertama ini kita akan belajar mengenai karakter enjin Sebaris @ Inline yang paling banyak dan popular digunakan oleh pengeluar automobil seluruh dunia.

ENJIN SEBARIS @ INLINE

enjin-sebaris
Enjin Inline, kadangkala dipanggil Enjin Lurus/Baris (straight engine), ialah jenis enjin paling banyak digunakan. Sejak 2000, hampir separuh daripada semua kenderaan baharu yang dijual memuatkan jenis enjin inline. Karakter enjin ini ialah silinder yang disusun dalam satu baris lurus di atas aci engkol. Kebanyakan enjin inline memiliki 4 silinder, dan sesetengah enjin mempunyai 6 atau 8 silinder.

Konfigurasi silinder lurus mengurangkan keperluan imbangan komponen, termasuk meminimumkan kerumitan mekanikal enjin. Walaupun mengalami masalah getaran tidak diingini pada kelajuan enjin tipikal, lejang panjang pada silinder memberikan lebih kuasa tork. Profil ringkas enjin sebaris juga membuatkan ia murah dan mudah disenggara.

Bagaimanapun, kekangan mekanikal untuk menempatkan semua silinder dalam satu baris membuatkan kapasiti enjin meningkat seiring dengan pertambahan silinder. Kereta enjin inline cenderung tinggi dan panjang berbanding enjin lain yang berkuasa sama. Malah, enjin inline memerlukan blok enjin yang berat dan kukuh untuk menyokong daya silinder. Pada kelajuan enjin tinggi, rekabentuk ini boleh jadi tidak seimbang dan menghasilkan getaran tidak diingini.

CONTOH ENJIN 1: EMPAT-BARIS (STRAIGHT-FOUR)


Empat-baris ialah enjin paling popular di dunia berdasarkan margin besar. Enjin ini memuatkan 4 silinder dalam satu baris yang menawarkan profil ringkas, mudah akses dan lebih cekap. Jumlah piston yang sedikit mengurangkan jumlah komponen mekanikal diperlukan, sekali gus mengatasi masalah kehilangan kuasa.

Malah, teknologi pengecas turbo (turbocharger) dan pengecas lampau (supercharger) mampu menukarkan enjin jenis ini menjadi lebih berkuasa. Ada sesetengah tuner mampu mengekstrakkan kuasa kuda lebih 1,000hp daripada enjin empat-baris. Antara kereta terkenal dengan enjin empat-baris ialah Honda Civic, Toyota Corolla dan Ford Fusion.

honda-civic
Honda Civic
toyota-corolla
Toyota Corolla
ford-fusion
Ford Fusion

CONTOH ENJIN 2: ENAM-BARIS (STRAIGHT-SIX)


Enjin enam-baris kebiasaannya tampil dengan saiz bonet besar dan selalu dimuatkan pada kereta pacuan roda belakang (RWD). Silinder yang disusun sebaris dapat mengatasi sedikit masalah imbangan dikaitkan dengan aturan 6 silinder lain yang meningkat seiring sesaran enjin.

Enjin enam-baris turut menawarkan kuasa tork menakjubkan, sekali gus menjadikan ia padanan paling sesuai hebat untuk kenderaan jenis trak dan tugasan berat lain. Antara kenderaan terbaik dengan enjin 6 silinder ialah BMW M4, model Jeep lama dan beberapa versi Dodge Ram.

bmw-m4
BMW M4
jeep-grand-cherokee
Jeep Grand Cherokee
dodge ram 1500 rebel eco diesel
Dodge Ram 1500 Rebel
autotainment enjin empat-baris enjin enam-baris enjin sebaris jenis enjin jenis enjin kereta kenali jenis enjin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Autotainment

Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.