Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kempen ‘HAVAL REIMAGINE’ Beri Diskaun RM3k, Siap Boleh Menang Hadiah Tunai!
Auto Terkini

Kempen ‘HAVAL REIMAGINE’ Beri Diskaun RM3k, Siap Boleh Menang Hadiah Tunai!

Abang GYLBy Abang GYL24/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENARIK! HAVAL Malaysia melancarkan kempen ‘HAVAL REIMAGINE’ kepada pelanggan baharu dan pemilik HAVAL sedia ada yang berminat membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) H1 dan H2 dengan penjimatan berserta insurans percuma bernilai sehingga RM3,000.

Seiring kempen sedia ada yang sedang berlangsung sehingga 29 April ini di AEON Shah Alam, HAVAL turut mengadakan siri jelajah ‘HAVAL ROCK The Town’ yang akan mengembara seluruh negara dengan SUV HAVAL dalam usaha mendekatkan orang ramai dengan jenama tersebut.

Selain mengenali lebih dekat SUV HAVAL, orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan peraduan menarik dengan tawaran hadiah menarik untuk dimenangi.

BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval

Ada tiga aktiviti dan peraduan utama boleh disertai anda dalam kempen HAVAL Reimagine ini, iaitu:

  • HAVALMovez


Pertandingan Street Dance bersama Haval yang terbuka kepada semua peserta dan peminat tarian sama ada secara individu atau berkumpulan dengan hadiah utama bernilai RM4,000 untuk dimenangi! Pertandingan ini bermula 28 April ini di AEON Shah Alam bermula jam 3 – 5:30 petang.

  • HAVALCarocks


Buat mereka yang suka menyanyi dalam kereta, rebutlah peluang ini dengan menyertai pertandingan Haval Carocks. Anda cuma perlu mengesan, kejar dan lontarkan bakat terpendam itu kepada  krew Catch Haval Hollerz yang akan tiba di kawasan anda dalam siri jelajah HAVAL Rock The Town nanti. Menangi hadiah tunai RM200 setiap bulan.

  • Catch the HAVAL Hollerz


Ini ialah pertandingan fotografi. Anda perlu mengambil gambar krew HAVAL di kawasan pit atau ketika mereka sedang bergerak untuk memenangi barangan eksklusif HAVAL.


JADUAL SIRI JELAJAH HAVAL ROCK THE TOWN

Berikut jadual siri jelajah HAVAL yang bermula jam 10 pagi – 5 petang

  • Sesi 1: 20 April 2018 – KLCC – Ampang Park – Avenue K
  • Sesi 2: 21 April 2018 – Masjid Jamek (LRT area) – Jalan Tar – Jalan Raja Laut – Kompleks Pertama Complex/ Sogo
  • Sesi 3: 28 April 2018 – Tasik Shah Alam – Seksyen 2 – AEON Shah Alam (Concourse) – dengan pertandingan tarian
  • Sesi 4: 29 April 2018 – Sek. 7 – Sek. 9 – AEON Shah Alam
  • Sesi 5: 4 Mei 2018 – Bangsar – Bukit Bandaraya – Jalan Dungun areas
  • Sesi 6: 5 Mei 2018 – Mutiara Damansara – Damansara Perdana – kawasan Kota Damansara
  • Sesi 7: 12 Mei 2018 – Bukit Jalil – Metro Point Plaza Kajang – akan disahkan kemudian

* Maklumat lanjut dan sebarang perubahan boleh layari laman microsite HAVAL.Reimagine


BUKAN TUNAI SAHAJA

Selain berpeluang memenangi hadiah wang tunai, pengunjung bertuah juga boleh berpeluang menyertai peraduan Catch the Money. Caranya mudah saja, anda perlu masuk ke dalam satu mesin tabung dan rebutlah wang tunai sebanyak yang boleh dalam tempoh masa ditetapkan.

Malah, aktor Adi Ashraf dan juga aktres Rozita Che Wan turut hadir memeriahkan lagi karnival tersebut. Memang menarik. Sudahlah dapat diskaun, boleh pula menang bermacam-macam hadiah. Sekarang dapat pula bergambar dengan selebriti kegemaran.

BACA >>> Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’ (Untunglah No. Plat Cantik)

Ingat, pastikan hadir ke Karnival Jualan Haval di AEON Shah Alam bermula 24-29 April ini dan jangan lupa ajak sekali keluarga, rakan atau saudara mara.


HAVAL H1

HAVAL H1 ialah SUV segmen-B dengan enjin petrol 4-silinder 1.5L VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm. SUV itu dibina berasaskan sistem pacuan roda depan (FWD) dan didatangkan dalam transmisi AMT 6-kelajuan.

Haval H1 ditawarkan dalam 3 varian, iaitu:

  • Comfort (RM60,017)
  • Premium (RM65,852)
  • Elite (RM72,659) – dengan rekabentuk lebih sporty dengan ciri lampu depan halogen LED, lampu kabus LED

Ada 6 warna pilihan ditawarkan, iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan jingga. Senarai harga ialah atas jalan tanpa insurans. Setiap varian Haval H1 diberikan waranti 7 tahun tanpa had perbatuan!

HAVAL H2

HAVAL H2 versi pemasangan tempatan (CKD) pula ditawarkan dalam 2 varian, iaitu:

  • Comfort (RM98,950)
  • Premium (RM101,950)

Kedua-dua varian menggunakan enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo dengan transmisi automatik 6-kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa 147hp pada 5,600rpm dan tork 210Nm pada 2,200-4,500rpm.

Penampilan luaran HAVAL H2 CKD dipadankan lampu halogen dengan lampu siang (DRL) LED. Profil gril dengan kemasan krom yang ternganga luas menyerlahkan lagi imej agresif dan lasak. Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain Haval H2 CKD sama seperti versi CBU.

Antara ciri itu ialah butang tekan-mula, masukan tanpa kunci, panel meter multifungsi dan punat kawalan di roda stereng. Ini termasuk ciri penyaman udara dual zon automatik, sistem hiburan infotainment, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan, dan bumbung suria boleh laras.

Adi Asyraff Haval HAVAL H1 Haval H2 Karnival Jualan HAVAL Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Rozita Che Wan SUV
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.