Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kemenangan untuk Netizen! PLUS Akan Kembalikan Lorong SmartTAG
Auto Terkini

Kemenangan untuk Netizen! PLUS Akan Kembalikan Lorong SmartTAG

Han OthmanBy Han Othman20/01/20225 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS teruk dikritik pengguna lebuh raya dan warga maya, termasuk mendapat perhatian Perdana Menteri,  PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akhirnya mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol di bawah pengendali itu berikutan pelaksanaan bayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

PLUS dalam kenyataan berkata, pengaktifan semula lorong SmartTAG itu dibuat bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan dibangkitkan pengguna SmartTAG berikutan penutupan lorong SmartTAG di plaza tol berkenaan.

BACA >>> Kerajaan Gesa Konsesi Beri Pilihan RFID, SmartTAG dan TnG untuk Tol Lebuh Raya

Justeru PLUS memutuskan akan mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari ini untuk kelancaran trafik menjelang Tahun Baharu Cina.

Kemudian, pada 19 Februari depan, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol.

Terdahulu, PLUS pada 15 Januari lalu, mula melaksanankan sistem RFID di plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Namun, pada Isnin, situasi bertukar kucar-kacir apabila berlaku kesesakan teruk di beberapa plaza tol sekitar Lembah Klang kerana PLUS menutup lorong SmartTAG.

Malah, lorong RFID yang dibuka juga tidak beroperasi lancar seperti dirancang hingga mengundang campur tangan  Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri tampil menegur ketidakcekapan PLUS.

PLUS kemudian memberi jaminan akan meningkatkan sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi membolehkan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas. Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol dengan jumlah trafik tinggi bagi meudahkan kenderaan melepasi lorong tersebut dengan lancar.

BACA >>> Najib: Kos Pelekat RFID Murah Saja, Kenapa Jual RM35?
BACA >>> Selepas Teguran Terbuka Najib, LLM Mahu Jumpa PLUS, TnG Bincang Harga Pelekat RFID

TAG PERCUMA JIKA ROSAK

Dalam perkembangan lain, pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch ‘n Go (TnG) kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS. Pelanggan boleh terus ke mana-mana 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS atau 35 lagi lokasi di luar lebuh raya itu untuk pemeriksaan.

Jika tag didapati rosak, pihak TnG akan menggantikan tag itu secara percuma.

PLUS juga akan terus bekerjasama dengan TnG untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan terlatih.

BACA >>> PLUS Hargai Respons Pengguna, Sedang Usaha Pertingkat Kelancaran RFID

Auto Terkini Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) PLUS Malaysia Berhad RFID SmartTag Touch 'n Go (TNG)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026

5 Comments

  1. Pari on 21/01/2022 11:08

    Biar semua tol ada jenama Dan perkongsian jenama…contoh TnG 1@2 lorong…smartag 1@2 lorong…RFID 1@2 lorong….TNG smartag 1@2 lorong dan RFID smartag 1@2 lorong…jadi pengguna boleh buat pilihan Dan kesesakkan dapat diatasi…ini pendapat saya. Pasti pengguna jalaraya senang hati.

    Reply
  2. Mohd ismail on 22/01/2022 01:21

    Kan senang kekalkan sahaja lorong smartTag.Buat saja pembaharuan pengguna akan bijak beralih pada yang terbaik.seperti zaman kemunculan Tng dan smartTag akhirnya lorong tunai terkubur jugak…Bukan pengunq ini anti sangat dengan pembaharuan,cuma bagi la ruang dan kesempatan kami yang penguna lebuh raya kat malaysia yang tercinta ini masa.Mungkin tidak dari kami,..esok lusa tidak pasti..Yang pasti anak cucu kami pasti akan beralih pada RFID.Akhir sekali tahniah kepada Plus Malaysia meletakan Lebuh raya di malaysia antara yang terbaik di dunia walau ada lompong-lompong siket..Maaf jika terkasar bahasa… mklum la orang kampung..t.kasih.

    Reply
  3. Ariff Omar on 22/01/2022 17:13

    I like to use RFID, fast and efficient. Let the teething issue be solved quickly to bring our highway mgmt system to the next level

    Reply
  4. Lan on 23/01/2022 20:59

    Alhamdulillah..nyaris smart tag perodua bagi nak jadi tukun

    Reply
  5. Yusof on 12/05/2022 20:16

    TnG lepas tangan dalam menangani isu pin yang gagal di credit kedalam app ewallet tng.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.