Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kayuhan ‘Super Woman’ Ini Pecah Rekod Penunggang Basikal Wanita Terpantas Dunia
Autotainment

Kayuhan ‘Super Woman’ Ini Pecah Rekod Penunggang Basikal Wanita Terpantas Dunia

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

denise-mueller-bg
PELUMBA basikal Amerika Syarikat (AS), Denise Mueller (foto bawah) baru-baru ini mencatatkan rekod baru sebagai penunggang basikal wanita terpantas dunia dengan kelajuan 237kmj di Bonneville Salt Flats dekat Utah. Mueller cuma berada beberapa inci di belakang Land Rover Range Rover SVR yang bertindak sebagai kereta pengiring laju (pace car) dan diubah suai menjadi perintang angin.

denise-mueller
Seperti anda bayangkan, basikal ditunggang Denise sememangnya sudah diubahsuai bagi membolehkan rekod dunia itu dicapai. Antaranya, frem memanjang, tempat duduk dengan peredam getaran, fork suspensi, dan roda motosikal 17-inci kustom dengan tayar botak untuk membantu merendahkan pusat graviti (CoG) bagi menambah kestabilan dan mengekalkan kelancaran tunggangan walaupun kelajuan mencecah 240kmj!

Namun, situasi paling kritikal bagi pelumba seperti Muellet adalah mengekalkan tempo pecutan dalam zon draf kereta pengiring laju.

“Jika kelajuan cecah 240kmj, saya akan jatuh daripada basikal,” kata Mueller.

KONFIGURASI GEAR KHAS

Ya, sudah tentu anda perlukan konfigurasi gear khas untuk mengayuh pada kelajuan gila tersebut. Kereta pengiring laju sebenarnya menunda basikal Mueller hingga mencapai kelajuan 144kmj, dan pecutan selepas itu adalah menggunakan kudrat kakinya sendiri.

Tren pacu basikal menggunakan dua gegancu (sprocket) 60-gigi yang besar (lihat foto atas) dalam konfigurasi pengurangan berganda bagi mendapatkan jumlah tork tinggi, selain kedudukan gegancu dijauhkan dari tanah untuk mendapatkan jarak kelegaan.

Penggearan basikal pula diukur dalan gear inci, iaitu unjuran yang mengambil kira nisbah gear tren pacu yang didarabkan dengan diameter roda belakang. Jadi, dengan roda basikal standard 26-inci, sebagai contoh, gegancu depan, 48-gigi dan gegancu belakang, 24-gigi akan memberikan nisbah gear 2:1. Justeru, tetapan mempunyai 52 gear inci – dua kali diameter roda pacu.

Penggearan yang sangat tinggi bagi sebuah basikal atas jalan memerlukan kira-kira 125 gear inci. Basikal kustom Mueller pula dibikin 488 gear inci yang membolehkan ibu kepada tiga anak lelaki itu memecut dengan kayuhan kira-kira 102rpm (pusingan per minit) apabila pecutan menjangkau 160kmj.

Mueller kini merancang memecahkan rekod penunggang basikal lelaki terpantas dunia yang dicatatkan pelumba Belanda, Fred Rompleberg pada 1995, iaitu 268kmj. Bagi mendapatkan ekstra 30kmj, sekali gus menjadi pengayuh basikal terpantas di planet Bumi, pasukan Mueller, Project Speed berpendapat mereka mungkin memerlukan trek sepanjang 9.6km, yakni lebih 3km panjang berbanding trek sedia ada.

Mungkinkah Mueller mampu mencatatkan kelajuan 273kmj? Sama-samalah kita tunggu detik itu. Apapun, dia memang wanita hebat!

autotainment Denise Mueller Land Rover Land Rover Range Rover SVR penunggang basikal wanita terpantas penunggang basikal wanita terpantas dunia rekod dunia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.