Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE Bakal Jadi CKD, Tiba Pertengahan 2023, Harga Sekitar RM32k?
Auto Terkini

Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE Bakal Jadi CKD, Tiba Pertengahan 2023, Harga Sekitar RM32k?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KAWASAKI Malaysia membuat debut Ninja ZX-25R ABS SE sempena pengumuman harga empat model import berkapasiti tinggi ke pasaran Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ninja ZX-25R akan lancar menjelang pertengahan tahun depan. Buat masa ini, Modenas selaku pengedar rasmi Kawasaki masih berbincang dengan pihak Kawasaki Jepun untuk memutuskan status model sama ada sebagai pemasangan tempatan atau import.

BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan menyatakan perbincangan masih berlangsung tetapi besar kemungkinan misi CKD bakal dilaksanakan.

Sumber memberitahu, Kawasaki Jepun memberi pertimbangan selepas melihat respons cukup positif dari pasaran Malaysia. Jika berjaya, model itu akan dikenali sebagai Modenas Ninja ZX-25R ABS SE.

BACA >>> Kawasaki Indonesia Lancar Ninja ZX-25RR (2023), Naik Taraf ZX-25R (2023)!

HARGA DAN BERAPA VARIAN CKD NINJA ZX-25R?

Setakat ini, cuma satu varian akan dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah. Dua lagi varian lain seperti di Indonesia iaitu model asas ZX-25R dan perdana ZX-25RR masih menjadi tanda tanya.

Soal harga masih belum diputuskan tetapi Roslan menyatakan tag harga yang bakal diumumkan kelak adalah amat menarik dan pastinya mampu menarik minta pembeli.

Roslan memberi bayangan bahawa anggara harga ZX-25R versi CKD sekitar RM10,000 lebih mahal berbanding Ninja 250R ABS semasa. Maka, petunjuk paling hampir ialah sekitar RM32,000! Ingat, ini cuma harga andaian.

BACA >>> Jepun Buka Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R, Kuasa Lebih Rendah, Harga Mula RM32k
BACA >>> Bos Kawasaki Indonesia: 170kmj Masih Rendah untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

NINJA ZX-25R TAK SAMA MACAM INDONESIA

Menyentuh mengenai model ZX-25R untuk Malaysia, Modenas mengesahkan ada perubahan beberapa komponen yang digunakan berbanding model di Indonesia.

Ini kerana Malaysia akan menggunakan model ZX-25R dari Thailand dan Jepun untuk CKD tempatan. Ini memberi bayangan data kuasa ZX-25R CKD Malaysia mungkin rendah sedikit berbanding Indonesia. Malah spesifikasinya tidak begitu berbeza denagn model di Jepun dan Thailand.

Mengapa? Ini berkait dengan sistem standard dan piawaian emisi Malaysia yang lebih ke arah mengurangkan pembebasan gas beracun. Benarkah?

Satu perkara yang perlu diketahui ialah Modenas masih belum menghantar ZX-25R ABS SE untuk proses VTA dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Malah belum ada staf dihantar untuk tujuan latihan berkait ZX-25R. Roslan menjelaskan, Modenas akan berbuat demikian tidak lama lagi kerana itu adalah salah satu perkara perlu dibuat untuk setiap model program CKD.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R (2022) Lancar di Indonesia 1 Oktober ini?
BACA >>> Kawasaki, Seiko Keluarkan Jam Edisi Khas Ninja ZX-10R, 998 Unit Sahaja, Harga RM2.4k
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Tiba di Hong Kong, Harga RM41k
BACA >>> Dengarkan Kompilasi Deruman Kawasaki Ninja ZX-25R dengan Pelbagai Ekzos Aftermarket
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R (2022) Lancar di Indonesia 1 Oktober ini?

Modenas Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE roda2 Roslan Roskan Sportbike 250cc 4 Silinder
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026

    1 Comment

    1. Fendi on 24/10/2022 05:25

      Mahal,TP tk laju,aduiii

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.