Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Dedah Foto Acah Bakal Lancar Model Baharu, Adakah Z250 (2019)?
Roda2

Kawasaki Dedah Foto Acah Bakal Lancar Model Baharu, Adakah Z250 (2019)?

ZYBy ZY22/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-baru ini laman Facebook rasmi Kawasaki Motors (Malaysia) memuat naik satu foto acah dengan slogan bertulis ‘Ready For A Change?’.

Membawa maksud ‘Bersedia Untuk Perubahan?’, kelihatan sosok badan dipercayai tangki minyak jentera tersebut. Nampaknya ramalan kami Z250 baharu bakal dilancarkan tahun ini hampir jadi kenyataan. Pasti kami nampak terlalu yakin, tetapi ada beberapa klu yang boleh dikesan pada foto acah tersebut:

  1. Logo Kawasaki pada tangki. Jika model sportbike, pasti kata nama Ninja tertera pada sisi tangki. Tetapi, memandangkan cuma dihiasi logo Kawasaki, pasti itu ialah model naked bike Z.
  2. Perbandingan rekabentuk sisi tangki nampak sepadan dengan satu lagi model baru, Kawasaki Z400 yang sudah ditayangkan hujung tahun lalu.
Foto rasmi Kawasaki Z400

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia Lancar Z400 di KLIMS 2018?

Benar, buat masa ini yang didedahkan cuma Z400, tetapi firasat kami kuat mengatakan Z250 (2019) yang akan dilancarkan terlebih dahulu berdasarkan penaakulan berikut.

  1. Kawasaki Ninja 400 terkini masih tiada di pasaran. Jika tujuan Kawasaki Motors (Malaysia) ialah untuk melindungi jualan Ninja 650, alasan sama boleh diberi untuk mengetepikan Z400 supaya tidak mengacau model naked bike pertengahan, Z650.
  2. Beberapa pengedar motosikal sudah mula menawarkan promosi istimewa untuk model Z250 lama. Semakan pantas kami di laman Mudah.my, ‘special promotion’ ini tiada untuk model Kawasaki lain seperti Ninja 250, Ninja 650 dan Z650. Ini bermakna promosi ini cuma ditawar pada model Z250 yang bakal digantikan dalam masa terdekat.
  3. Persaingan pasaran motosikal 250cc lebih sengit dengan pelancaran Yamaha R25 (2019) baru-baru ini, yang ditawarkan pada harga RM19,998, lebih rendah daripada Ninja 250 (2018), sekitar RM23,000. Jika Kawasaki ingin bersaing, menawarkan Z250 baru yang lebih berkuasa pada harga sekitar RM20,000, pasti sedikit sebanyak dapat menggugat jualan jentera 250cc Yamaha itu.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) – Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

Bagaimanapun kami tidak menolak kemungkinan kecil, Kawasaki akan lancarkan Z400 memandangkan tiada langsung maklumat rasmi mengenai Z250 baru buat masa ini. Apapun, terus ikuti kemas kini daripada laman Facebook ArenaPermotoran dan PanduLaju untuk perkembangan seterusnya.

Sumber : FB Kawasaki Motor Malaysia

Foto Acah Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia KAWASAKI Z250 kawasaki z250 2019 kawasaki z400 naked bike roda2 sportbike teaser
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026

1 Comment

  1. nedved on 02/04/2019 04:41

    Kawasaki ninja 400 tiada di pasaran?mohon penulis buat kerja rumah sikit. Saya dah pakai ninja 400 lebih sebulan dah ni

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.