Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 2]
Autotainment

Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 2]

ZYBy ZY21/02/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CANTIK stripe, tapi sebab apa nama lain?”

Mungkin anda pernah lihat, sesetengah pemilik kapcai mengubah suai jentera mereka dengan pelekat strip yang lebih menarik, tetapi anehnya, terpampang nama berbeza berbanding nama sebenar motor tersebut!

Jangan hairan kerana pemilik itu sebenarnya menggunakan pelekat strip motosikal sama. Bezanya, itu ialah model versi negara luar seperti Thailand, Indonesia atau Vietnam, dan boleh jadi Filipina. Jika belum tahu, kebanyakan kapcai yang anda lihat atas jalan sekarang menggunakan nama berlainan di negara jiran sana.

Kenapa? Kami pun tiada jawapan muktamad. Apa yang boleh dikatakan, ia kemungkinan besar dibuat mengikut cita rasa pengguna tempatan selain mengelakkan pertembungan dengan nama kenderaan lain yang sedia ada di pasaran.

BACA >>> Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 1]

Jika SIRI 1 sebelum ini menampilkan kapcai popular bersesaran rendah, artikel terbaharu ini akan menumpukan kepada baki 3 lagi kapcai tempatan popular yang kali ini lebih berkuasa tinggi yang menggunakan nama lain di luar sana.

 

1. YAMAHA LC135


Juga dikenali sebagai:

  • Yamaha Jupiter MX (Indonesia)
  • Yamaha Spark RX (Thailand)
  • Yamaha Exciter R/RC (Vietnam)
  • Yamaha Sniper MX (Filipina)
  • Yamaha CryptonX (Greece)

Sebelum kemunculan kapcai 150cc, Yamaha LC135 ialah pilihan utama penunggang Malaysia yang mahukan jentera ‘berkuasa tinggi’, tetapi masih lagi praktikal (baca: 4-lejang dan ada bakul).

Ini kerana buat kali pertama jentera kapcai didatangkan dalam enjin 4-lejang 135cc, 4 injap (tetapi masih SOHC) dan penyejukan cecair (Liquid Coolant) yang membolehkan kapcai ini dipacu sehingga mencecah kelajuan 160kmj dalam keadaan asal!

Pada zaman ketika perkataan seperti ‘YouTube’ dan ‘GPS’ belum lagi jadi suku kata harian, prestasi LC135 memang sentiasa jadi bahan bualan. Malah, LC135 turut ditawarkan dalam dua pilihan transmisi, Super Sport dengan klac auto 4-kelajuan dan Extreme Spirit dengan klac manual 4-kelajuan untuk versi pertama dan 5-kelajuan untuk versi facelift seterusnya.

Jika anda perasan, cuma Yamaha Malaysia sahaja menggunakan nama LC135, sebaliknya pasaran luar lain menggunakan nama yang kedengaran lebih gah seperti Spark dan Sniper.

BACA >>> HLYM Lancar Yamaha 135 LC (2021) Facelift dengan Warna, Grafik Baharu!

2. HONDA RS150R


Juga dikenali sebagai:

  • Honda Supra GTR (Indonesia)
  • Honda Winner 150/Winner X (Vietnam)

Cuma dua sahaja?

Ya, tidak seperti Yamaha LC135 dengan variasi nama yang cukup panjang, tetapi ada dua nama sahaja yang berjaya kami kenal pasti untuk kapcai Honda paling hangat ini. Ini kerana cuma Honda Malaysia dan Vietnam yang menawarkan RS150R dalam bentuk fairing sebelum disusuli Indonesia menerusi Honda Supra GTR.

Selebihnya, kapcai 150cc Honda ini ditawarkan dalam rekabentuk ‘ayago’ – iaitu kapcai dengan bahagian kepala besar tanpa dada dan fairing, sangat berbeza dengan apa yang dijual di Malaysia. Bagaimanapun, kedua-dua kapcai itu masih berkongsi nadi sama iaitu silinder tunggal 149.16cc penyejukan cecair DOHC 4 injap yang turut berkongsi sama dengan sportbike Honda CBR 150R.

Perbezaan utama yang boleh didapati antara versi Malaysia dan luar negara ialah bahagian signal. RS150R versi asal didatangkan dalam rekaan signal bersepadu. Bagaimanapun versi Malaysia tampil dengan signal terpisah yang kelihatan janggal kerana rekaan perumah signal asal masih dikekalkan. Jadi, modifikasi ke atas signal menjadi antara proses ubah suai paling awal dilakukan pemilik baru kapcai berkuasa ini.

BACA >>> Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
BACA >>> #BikinMotor: Honda Winner X Ini Sentuhan Anak Malaysia

3. YAMAHA Y15ZR

Yamaha Y15ZR SE Edisi GP 2017
Juga dikenali sebagai:

  • Yamaha Jupiter MX/MX King 150 (Indonesia)
  • Yamaha Exciter 150 (Thailand dan Vietnam)
  • Yamaha Sniper 150/ Sniper 150 MXi (Filipina)

Akhir sekali kita ada kapcai terhangat di pasaran masa kini, Yamaha Y15ZR. Bagi kapcai berkuasa tinggi, sekali lagi Yamaha Malaysia menggunakan nama ringkas yang kali ini agak sukar disebut. Tidak hairan ramai yang lebih selesa menggelarkan kapcai satu ini sebagai ‘Y-Suku’.

Walaupun menggunakan enjin 4-lejang 4-injap 150cc SOHC penyejukan cecair yang sama seperti naked bike FZ150i, sama seperti LC135, Y15ZR mudah mengecapi populariti disebabkan rekabentuk jentera yang menepati cita rasa majoriti rakyat Malaysia.

Berbeza Honda RS150R, Y15ZR didatangkan dalam satu bentuk sahaja dengan sedikit perbezaan rekaan komponen seperti fender belakang dan posisi braket pemegang nombor plat, serta rekaan grafik. Selain modifikasi ke atas komponen tersebut, Y15ZR menawarkan pilihan modifikasi yang cukupluas dari segi rekabentuk dan prestasi kerana ada banyak komponen dan alat ganti aftermarket ditawarkan, cuma perlu sediakan pengeras secukup rasa.

BACA >>> #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
BACA >>> Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

Honda Supra GTR Honda Winner nama lain kapchai malaysia Yamaha CryptonX Yamaha Exciter R Yamaha Jupiter MX Yamaha LC135 Yamaha MX King Yamaha Sniper 150 MXi Yamaha Sniper MX Yamaha Spark RX Yamaha Y15ZR
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

16/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

16/03/2026
Roda2

Scrambler KTNS TT-Classic 150 Kini di Malaysia, Harga RM6,888

17/03/2026

2 Comments

  1. AMIRUL AZMEER on 26/10/2019 00:33

    So, apa nama sebenar Y15ZR? Adakah motor² Yamaha ada nama asal dari Yamaha?

    Reply
    • Saiful on 03/12/2019 00:13

      bang nak tanye moto yz kat malaysia ni ape nama? kat indonesia nama moto ni YZ jike kat malaysia apa?

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.