• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 1]

Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 1]

June 22, 2018 By ZY 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOR sama, tetapi nama berbeza?

Kalau pernah melancong ke negara jiran tetangga seperti Indonesia, kita pasti terserempak sosok motosikal yang biasa dilihat, tetapi namanya berbeza pada strip jentera tersebut. Hmm.. macam pernah kulihat, tapi di mana ya?

Kepada yang belum tahu, ada banyak kapcai di Malaysia turut dipasarkan di negara jiran kerana Asia Tenggara memang menjadi pasaran terbesar dunia bagi segmen moped atau underbone.

Berbeza berbanding motosikal berkuasa tinggi yang kebiasaannya diseragamkan nama model itu di setiap pasaran dunia, tetapi tidak bagi kapcai. Nama kapcai selalu diubah mengikut pasaran tempatan sesebuah negara. Jadi, sesebuah model kapcai yang sama boleh saja memiliki dua atau lebih nama berbeza.

Tujuannya, selain menepati cita rasa pengguna, ia bertujuan mengelak kekeliruan dengan nama kenderaan lain yang mungkin bunyinya sama atau hampir sama dengan model kapcai itu. Apakah model kapcai Malaysia yang mempunyai nama berbeza di luar sana?

 

1. HONDA EX5


Juga dikenali sebagai :

  • Honda Astrea Star/Prima/Grand (Indonesia)
  • Honda Cub 100EX (Jepun)
  • Honda Dream (Thailand, Vietnam dan Filipina)

Memulakan senarai ini ialah kapcai pilihan rakyat Malaysia sejak zaman berzaman - Honda Cub atau lebih dikenali sebagai Honda EX5. Sebelum ini, EX5 pernah menggunakan nama EX5 Dream sebelum dipendekkan kepada EX5 sahaja. Di Thailand dan negara lain, motosikal ini masih mengekalkan nama Dream. Honda Indonesia pula memilih nama dewi Greek, Astrea.

2. HONDA WAVE DASH


Juga dikenali sebagai:

  • Honda Blade 100/125 Fi (Indonesia)

Kebanyakan model Honda Wave mengekalkan keseragaman nama Wave dengan sedikit perubahan mengikut sesaran enjin dan teknologi digunakan. Bagi Honda Wave Dash ranggi ini (terutama versi Repsol, memang cun!), cuma Indonesia yang tampil berbeza dengan menggunakan nama Honda Blade 125 Fi, angka 125 digunakan kerana moped versi Indonesia ini sudah dinaik taraf kepada enjin suntikan bahan api 125cc.

BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade (2011) Versi Lumba Ini Pernah Ditunggang Simoncelli, RM56k

honda-wave-dash-110-fi
honda-blade-125-fi

3. YAMAHA LAGENDA 115Z


Juga dikenali sebagai :

  • Yamaha Jupiter Z1 (Indonesia)
  • Yamaha Jupiter RC (Thailand dan Vietnam)
  • Yamaha Vega Force i (Filipina, tidak sama dengan Vega Force versi Indonesia)

Yamaha Lagenda ialah kapcai sesaran rendah popular kerana menawarkan rekabentuk sporty dengan rekaan garis tajam sejak diperkenalkan 18 tahun lalu, Lagenda nyata tampil berbeza berbanding pesaing dalam kelas sama pada masa itu yang masih menampilkan rekabentuk ilham era 1980-an.

Dalam setiap keluaran terkini, Lagenda muncul lebih garang dengan masih mengekalkan identiti unik tersendiri, iaitu lampu depan kembar, dual absorber belakang (bukan monoshock) dan enjin bersesaran di bawah 125cc.

Menariknya, cuma Lagenda versi Malaysia didatangkan dengan signal belakang terpisah, sebaliknya varian luar negara masih mengekalkan rekaan signal bersepadu.

BACA >>> Yamaha Lagenda 115Z (2020) Kini dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Sama RM5,180

yamaha-lagenda-115z
yamaha-jupiter-z1
yamaha-vega-force-i
yamaha-jupiter-rc
1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: honda astrea, honda blade, Honda EX5, Honda Wave, honda wave dash, nama lain motor malaysia, yamaha jupiter, yamaha lagenda, yamaha vega force, yamaha vega force i

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my