Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Rebel 2026

PENGEDAR rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) mengukuhkan barisan cruiser dengan memperkenalkan pilihan warna baharu Matte Gun Powder Black Metallic (hitam) untuk model Honda Rebel 2026.

Warna baharu itu menyerlahkan lagi karakter berani cruiser tersebut, dan pada masa sama mengekalkan identiti rekabentuk minimalis dan siluet rendah yang menjadi tanda pengenalan.

Enjin Parallel Twin 471cc

Honda Rebel 2026

Honda Rebel 2026 dikuasakan enjin dwi-silinder Parallel-Twin 471cc penyejukan cecair yang menghasilkan output kuasa 34kW (45.5hp) @ 8,500rpm, dan tork 43Nm @ 6,500rpm, dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI untuk hantaran kuasa lancar, respons terotel lebih baik dan kecekapan bahan api tinggi serta tahap emisi rendah.

Rekabentuk Klasik dengan Sentuhan Moden

Honda Rebel 2026
Honda Rebel 2026

Antara elemen rekabentuk utama Honda Rebel 2026 ialah pelana rendah 690mm, dan kapasiti tangki bahan api 11.2 liter yang melengkapkan penampilan cruiser ringkas dan maskular itu.

Bahagian depan menampilkan lampu utama LED bulat ikonik dengan lensa kompak dan pemasangan aluminium tuang (die-cast).

Gabungan elemen tersebut mengekalkan gaya klasik Rebel sambil meningkatkan tahap pencahayaan pada malam untuk keyakinan tunggangan lebih baik.

Tunggangan Lebih Yakin

Honda Rebel 2026

Honda Rebel 2026 turut dilengkapi klac antigelincir Assist & Slipper (ASC) yang mengurangkan daya pada tuil klac selain membantu kawalan ketika anjakan gear menurun secara agresif. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran turut disediakan bagi meningkatkan keselamatan dan keyakinan penunggang.

Paparan Digital Ringkas

Bahagian kokpit menggunakan panel meter diameter 100mm dengan paparan LCD negatif bersama lampu latar putih. Paparan digital itu memudahkan penunggang melihat maklumat penting seperti spidometer, indikator posisi gear dan penggunaan bahan api.

Honda Rebel 2026

Harga, Ketersediaan

Honda Rebel 2026 dengan warna Matte Gun Powder Black Metallic akan mula ditawarkan di semua pengedar Honda BigWing bermula hujung Mac ini pada harga cadangan RM33,899, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

BSH turut menawarkan waranti pengilang dua [2] tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu). Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Honda BigBike Malaysia atau mengunjungi pengedar Honda BigWing terdekat.

Honda Rebel 2026
Honda Rebel 2026
Honda Rebel 2026
Honda Rebel 2026
Honda Rebel 2026
Honda Rebel 2026
Bonn Siew Honda (BSH) Boon Siew Honda Honda Rebel Honda Rebel 2026 honda rebel Matte Gun Powder Black Metallic Motosikal Cruiser Warna baharu honda rebel
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.