Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil

PENGEDAR motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd rasmi melancarkan semula Mforce Oil yang dikuasakan Petronas sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 yang berlangsung di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut.

Pelancaran semula itu memperkenalkan minyak pelincir motosikal sintetik penuh premium Mforce Oil Fully Synthetic 4T 15W-50 SN MA2 yang dirumus khas bagi memberikan prestasi enjin optimum, perlindungan maksimum dan pengalaman tunggangan lebih lancar serta stabil untuk motosikal moden.

Harga, Pembungkusan

Mforce Oil Fully Synthetic 4T 15W-50 SN MA2

Mforce Oil Fully Synthetic 4T 15W-50 SN MA2 ditawarkan pada harga cadangan RM56 di Semenanjung Malaysia dan RM58 di Sabah serta Sarawak yang dibekalkan dalam botol 1 liter dengan pembungkusan 16 unit setiap karton.

Teknologi Pelinciran Petronas

MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL

Dibangunkan menggunakan teknologi pelinciran termaju Petronas, minyak pelincir itu direka untuk mengurangkan geseran dalaman enjin, sekali gus menghasilkan pecutan lebih responsif dan prestasi enjin lebih lancar.

Hasilnya adalah pengalaman tunggangan lebih bertenaga, stabil dan menyeronokkan sama ada untuk kegunaan harian atau peminat motosikal yang mahukan prestasi konsisten.

Perlindungan Enjin Maksimum

Formulasi sintetik penuh itu direka untuk memberikan perlindungan enjin maksimum dengan membantu melindungi komponen dalaman daripada kehausan, tekanan haba dan penggunaan harian mencabar.

Ini memastikan enjin motosikal kekal lebih tahan lama, stabil dan boleh dipercayai sepanjang tempoh penggunaan.

Mforce Oil Fully Synthetic 4T 15W-50 SN MA2

Sesuai untuk Sistem Klac Basah

Minyak pelincir itu direka khas untuk motosikal dengan sistem klac basah bagi memastikan penukaran gear lebih lancar dab penglibatan klac lebih stabil.

Ciri itu secara tidak langsung menyumbang kepada pengalaman tunggangan lebih selesa dan lancar ketika berada di jalan raya.

Kestabilan Terma Tinggi

Satu lagi kelebihan utama formulasi itu adalah kestabilan terma tinggi, yang membolehkan minyak enjin mengekalkan prestasi konsisten walaupun beroperasi dalam kondisi suhu tinggi atau penggunaan intensif.

Ini memastikan enjin terus menerima perlindungan stabil sepanjang tempoh penggunaan minyak.

Gabungan Kekuatan Mforce, Petronas

Bagi rangkaian pengedar sah Mforce, Mforce Oil dikuasakan Petronas bukan sekadar minyak pelincir biasa, tetapi melambangkan gabungan dua kekuatan utama dalam industri, iaitu reputasi jenama Mforce yang dipercayai dan teknologi pelinciran termaju PETRONAS.

Sinergi tersebut memberikan keyakinan lebih tinggi kepada pelanggan selain memudahkan pengedar mempromosi produk penyelenggaraan motosikal yang berkualiti dan dipercayai.

Tagline ‘Unlimited Performance’

Dengan membawa slogan ‘Unlimited Performance’ (Prestasi Tanpa Had), minyak pelincir Mforce yang dilancarkan semula itu dijangka menjadi antara pilihan utama pengguna motosikal yang mencari prestasi, perlindungan dan kualiti dipercayai.

Melalui kolaborasi berkenaan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd terus melangkah ke depan dalam menawarkan produk yang bukan saja berkualiti, tetapi mampu meningkatkan pengalaman tunggangan pengguna motosikal.

Pelancaran semula Mforce Oil dikuasakan Pertronas itu juga menandakan permulaan kepada fasa baharu Mforce dalam memperkukuh komitmen dalam menyediakan penyelesaian penyelenggaraan motosikal prestasi tinggi dan boleh dipercayai kepada komuniti penunggang Malaysia.

aksesori Auto Terkini MForce Bike Holdings Mforce Bike Holdings Sdn Bhd Mforce Oil Mforce Oil Fully Synthetic 4T 15W-50 SN MA2 minyak enjin Minyak Enjin Motosikal minyak motor Minyak Pelincir minyak pelincir motosikal Petronas
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.