• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

January 9, 2021 By Aryon 1 Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GOSIP terbaharu dari negara jiran Vietnam. Honda khabarnya bakal memperkenalkan generasi baharu Winner X (Malaysia: RS150R) yang akan menggunakan enjin bersesaran besar, iaitu 160cc.

Desas-desus terbaharu itu muncul selepas debut Yamaha Exciter 155 VVA dengan trenkuasa baharu 155cc yang lebih berkuasa dan dipadankan transmisi 6-kelajuan berserta teknologi VVA untuk operasi enjin lebih optimum.

BACA >>> Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

GP Edition
GP Edition
Yamaha Exciter 155 VVA GP
Yamaha Exciter 155 VVA GP

Namun, Honda sebelum itu baru saja melancarkan skuter baharu PCX 160 untuk pasaran Thailand, juga enjin baharu lebih besar bagi menggantikan trenkuasa lama, 150cc. Jadi memang ada alasan kuat untuk peminat Winner X mengimpikan supermoped yang lebih berkuasa supaya setanding dengan Exciter 155.

honda-pcx-160-12
honda-pcx-160-9

Jika menjadi kenyataan, Winner X 160 itu akan menggunakan enjin baharu yang sama seperti PCX 160 yang baru dilancarkan di Thailand. Sesaran sebenar trenkuasa itu ialah 157cc, yang jelas lebih besar daripada Exciter 155 (155cc).

Honda CBR250RR Malaysia_2
honda-cbr150r-2020-indonesia

Selain enjin lebih berkuasa, penampilan Winner X 160 juga bakal mewarisi DNA rekabentuk CBR250RR (foto atas kiri), terutama rekaan lampu utama LED penuh, yang juga ditampilkan pada CBR150R (foto atas kanan).

Mengenai PCX 160 pula, skuter maksi itu serba baharu dijana enjin eSP generasi baharu 4-injap 157cc SOHC dengan sesaran dan traksi lebih besar, serta lebih berkuasa daripada PCX sedia ada di Malaysia yang cuma 2-injap.

Di Vietnam, kehadiran Winner X nyata menambat hati ramai peminat kapcai negara itu kerana bukan saja mengetengah rekabentuk unik, tetapi turut dilengkapi ciri moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci yang tiada pada Exciter 155.

Jika Winner X 160 menjadi kenyataan, model itu dijangka mengekalkan gaya baharu yang diilhamkan daripada CBR250RR. Menariknya, ada yang sudah berangan-angan kapcai itu kelak akan dilengkapi mod tunggangan, fungsi kawalan tork HSTC dan kaliper brek 2-piston selain ABS yang sudah sedia ada pada model sekarang.

Apapun, segalanya masih khabar angin, tetapi tidak mustahil direalisasikan Honda kerana pengeluar itu memang sudah banyak kali melakukan kejutan untuk produk motosikal jenama itu.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Winner X Ini Sentuhan Anak Malaysia
BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

SUMBER: MotoSaigon.vn

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Honda PCX 160, Honda Winner X, Honda Winner X 160, Kapcai, roda2, Supermoped

Comments

  1. Heri says

    January 10, 2021 at 12:18 AM

    Tolong bagi masuk winnerX ke malaysia…tolonggggg..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia
    Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my