Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Scrambler KTNS TT-Classic 150 Kini di Malaysia, Harga RM6,888
Roda2

Scrambler KTNS TT-Classic 150 Kini di Malaysia, Harga RM6,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA motosikal berpangkalan di Malaysia, KTNS kembali merancakkan pasaran tempatan dengan memperkenalkan model scrambler terbaharu, KTNS TT-Classic 150 2026 yang dilancarkan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut.

Model gaya scrambler klasik itu ditawarkan pada harga RM6,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), dan hadir dalam pilihan tiga warna: Dark Gold (emas gelap), Matt Black (hitam kusam) dan Matt Grey (kelabu).

Enjin 150cc Berkuasa 7.8kW

KTNS TT-Classic 150 2026 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc penyejukan cecair dengan sistem pencuxuhan unit kawalan elektronik (ECU) yang menghasilkan output kuasa 7.8kW (10.5hp) @ 7,500rpm, dan tork 11.5Nm @ 5,500rpm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi klac manual 5-kelajuan dengan sistem penghidup elektrik, manakala kapasiti tangki petrol 11 liter.

Suspensi Teleskopik, Brek Cakera Depan dan Belakang

Dari segi casis, sxrambler itu menggunakan fork teleskopik di depan, dan monoshock boleh laras (belakang).

Sistem brek jenis brek cakera tunggal dengan kaliper brek 2-piston dan brek cakera tunggal dengan kaliper 1-piston untuk prestasi membrek cekap dan selamat.

Tayar Dwi-Guna, Rekabentuk  Scrambler

KTNS TT-Classic 150 2026 dipadankan tayar dwi-guna 110/90-18 di depan, dan 120/90-17 di belakang yang dipasang pada rim aluminium aloi.

Kombinasi tersebut memberi cengkaman lebih baik atas pelbagai  permukaan jalan bercampur termasuk laluan tidak berturap.

Rekabentuk scrambler turut diserlahkan menerusi penggunaan ekzos gaya scrambler, bar pelindung dan pelindung tangki yang meningkatkan karakter lasak motosikal ini.

Meter LCD berwarna, Lampu LED Penuh

Dari segi ciri teknologi, KTNS kembali merancakkan pasaran tempatan dengan memperkenalkan model terbaharu, TT-Classic 150 yang dilancarkan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut. dilengkapi paparan meter LCD berwarna, sistem kunci mekanikal serta sistem pencahayaan LED sepenuhnya termasuk lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat, lampu kecemasan dan lampu nyalaan siang (DRL).

Ciri tambahan lain termasuk tempat duduk anti-gelincir, ruang simpanan hadapan serta bateri 12V3Ah bagi menyokong komponen elektronik dan sistem pencahayaan motosikal.

Waranti Dua Tahun

Dari segi dimensi, TT-Classic 150 mempunyai panjang 2,180 mm, lebar 918 mm dan tinggi 1,160 mm dengan jarak roda 1,400 mm. Ketinggian tempat duduk adalah 840 mm manakala kelegaan tanah mencecah 300 mm.

Motosikal ini mempunyai berat kering 130 kg, menjadikannya mudah dikendalikan pelbagai peringkat penunggang. Setiap pembelian turut disertakan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu) serta sokongan pembelian alat ganti tulen secara atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

KTNS TT-Classic 150 Mforce MForce Bike Holdings mforce holdings Motosikal kembara motosikal scrambler offroad bike
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.