Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

Han OthmanBy Han Othman15/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton X90 2026 facelift
PROGRAM keselamatan kereta baharu, Asean NCAP secara rasmi menarik balik rating keselamatan 5-bintang untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D, Proton X90 selepas model facelift 2026 tidak lagi dilengkapi beberapa teknologi keselamatan penting.

Menurut badan penilaian keselamatan itu, pengurangan spesifikasi melibatkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) menyebabkan model terbaharu tersebut kini hanya menerima rating keselamatan 1-bintang di bawah protokol Asean NCAP 2021–2025.

X90 Pernah Dapat 5-Bintang Dengan 83.79 Mata

Proton X90 2023
Proton X90 2023

Ketika kali pertama diuji pada 2023, Proton X90 memperoleh 5-bintang dengan skor keseluruhan 83.79 mata, termasuk:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 37.75 mata
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 17.79 mata
  • Bantuan Keselamatan (SA): 15.71 mata
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 12.50 mata

Rating tersebut diberikan berdasarkan varian yang dilengkapi pakej penuh teknologi ADAS ketika itu.

Banyak Sistem Keselamatan Kini Tiada

Logo Asean NCAP

Namun selepas meneliti spesifikasi rasmi model facelift 2026, Asean NCAP mendapati beberapa teknologi keselamatan penting digugurkan, seperti:

  • Brek Kecemasa Autonomi (AEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Teknologi Titik Buta (BST)

Pengguguran sistem Pengesan Titik Buta (BSD) memberi kesan besar kepada markah kategori MS kerana teknologi tersebut memainkan peranan penting dalam mengesan kehadiran motosikal di kawasan titik buta.

Rating Keseluruhan Terhad 1-Bintang

Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift

Di bawah protokol Asean NCAP 2021 – 2025, rating keseluruhan kenderaan boleh dihadkan jika mana-mana kategori mencatat keputusan terlalu rendah.

Dalam kes Proton X90 2026 facelift:

  • SA jatuh ke tahap 4-bintang
  • MS merosot ke 1-bintang

Kesannya, rating keseluruhan model tersebut kini dihadkan kepada 1-bintang.

Proton X90 2023 – 2025 Masih Kekal 5-Bintang

Proton X90 2023

Bagaimanapun, Asean NCAP menjelaskan rating 5-bintang masih sah untuk Proton X90 keluaran 2023 – 2025, kerana model tersebut disahkan dilengkapi semua teknologi ADAS ketika penilaian dilakukan.

Pengguna juga disaran menyemak spesifikasi keselamatan setiap varian sebelum membuat pembelian untuk bagi memastikan model dipilih memenuhi standard keselamatan yang diharapkan.

MIROS: Keselamatan Jangan Jadi Kompromi

Logo MIROS

Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jakan Raya Malaysia  (MIROS), Profesor Madya Ir Ts Dr Siti Zaharah Ishak berkata, keputusan menarik balik rating dibuat bagi melindungi kepentingan pengguna dan mengekalkan integriti standard keselamatan.

Sementara itu, Ketua Teknikal Asean NCAP, Ts Yahaya Ahmad menegaskan, teknologi seperti BSD  memainkan peranan penting dalam keselamatan penunggang motosikal.

Juateru kes Proton X90 itu menunjukkan betapa rating keselamatan boleh berubah jika spesifikasi model diubah selepas penilaian dibuat.

Bagi pengeluar, teknologi keselamatan seperti ADAS bukan sekadar ciri tambahan, tetapi kini menjadi faktor utama dalam menentukan tahap keselamatan sesebuah kenderaan.

ASEAN NCAP Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) PROTON Holdings Berhad Proton X90 2026 Proton X90 2026 Facelift Roda4 SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.