Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

QJMotor AX200s recall

JENAMA motosikal dari China, QJMotor Malaysia menerusi pengedar rasmi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (Mforce Bike) mengumumkan pelaksanaan program panggil balik melibatkan penggantian komponen mufler bagi unit terpilih model QJMotor AX200s.

Merujuk pengumuman terdahulu, proses penggantian kini dimulakan selepas bekalan komponen mufler baharu diterima daripada pihak prinsipal.

Isu Keretakan Mufler Dikenal Pasti

QJMotor AX200s 2025 Malaysia

Program itu dilaksanakan berikutan siasatan kemungkinan berlaku keretakan pada pemasangan komponen mufler bagi beberapa unit QJMotor AX200S.

Sebagai langkah proaktif, Mforce memperkenalkan rekabentuk mufler baharu bagi memastikan ketahanan dan prestasi lebih baik untuk penggunaan jangka panjang.

Tukar Percuma untuk Pemilik

QJMotor AX200s

Pemilik skuter QJMotor AX200s yang terlibat disarankan segera menghubungi atau mengunjungi pengedar sah tempat pembelian dibuat untuk mengatur janji temu proses penggantian.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat semakan status motosikal melalui portal rasmi di https://productrecall.mforceservice.my/ . Proses penggantian akan dilakukan secara percuma, termasuk kos alat ganti dan upah kerja.

Komitmen Kualiti, Keselamatan

QJMotor AX200s 2025 Malaysia

Mforce Bike menegaskan, inisiatif itu adalah sebahagian usaha penambahbaikan kualiti berterusan, yang selaras komitmen untuk memastikan tahap keselamatan, kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan berada pada tahap optimum.

Pada masa sama, semua unit pengeluaran baharu QJMotor AX200s bermula bulan ini sudah dilengkapi mufler versi terkini yang dipertingkat.

Logo QJMotor

QJMotor Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan dan rangkaian pengedar atas sokongan berterusan serta komitmen dalam memastikan perkhidmatan selepas jualan terbaik.

Maklumat lanjut boleh hubungi pengedar masing-masing atau melayari web semakan rasmi yang disediakan.

ekzos isu keretakan ekzos MForce Bike MForce Bike Holdings Mforce Panggil Balik QJMotor AX200s Panggil Balik produk motor qjmotor ax200s QJMOTOR Malaysia Recall recall motor skuter Skuter ringan
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.