Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

Han OthmanBy Han Othman12/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026

MUSIM perayaan kali ini lebih meriah jika anda merancang membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu.

Terbaharu, jenama SUV dari China, Jetour kini menawarkan kempen istimewa sempena Aidilfitiri 2026 dengan ganjaran berganda kepada pelanggan yang membuat tempahan model terpilih.

Menerusi kempen tersebut, pelanggan yang menempah mana-mana model Jetour, berpeluang menikmati ‘Duit Raya’ bernilai RM3,000 selain baucar petrol percuma bernilai RM2,000.

Tawaran itu antara promosi menarik buat pembeli yang mahu memiliki SUV baharu sebelum musim balik kampung. Promosi itu ditawarkan untuk dua model utama Jetour di Malaysia, iaitu Jetour Dashing dan Jetour VT9.

Jetour Dashing – SUV 5-Kerusi Gaya Futuristik

Jetour Dashing
Jetour Dashing

Jetour Dashing ialah SUV kompak 5-kerusi yang menumpukan kepada rekabentuk moden dan teknologi pintar untuk pengalaman pemanduan harian yang lebih premium.

Antara elemen paling menonjol ialah lampu siang (DRL) Mecha-Eyes berserta lampu utama Split Matrix LED yang memberikan identiti visual futuristik selain meningkatkan tahap pencahayaan ketika memandu malam.

Model itu juga dilengkapi hendal pintu tersembunyi yang bukan saja menambah elemen estetik moden, tetapi membantu meningkatkan aerodinamik dan mengekalkan profil badan lebih kemas.

Selain itu, Jetour Dashing turut hadir dengan fob kunci kiub pintar yang direka minimalis dan mudah disimpan di dalam poket.

Dari segi praktikaliti, ruang but juga agak luas dengan kapasiti 486 liter, dan boleh diperluas sehingga 977 liter apabila tempat duduk belakang dilipat 60:40, sesuai untuk membawa barangan harian, bagasi hujung minggu atau aktiviti luar.

Bagi varian Prime, model itu turut dilengkapi:

  • Bumbung suria panoramik 75 inci yang memberi suasana kabin lebih luas dan terang
  • Kamera keliling panoramik 540° untuk membantu pemandu melihat keadaan sekeliling kenderaan ketika parkir atau melalui laluan sempit

Jetour Dashing kini ditawarkan pada harga bermula RM116,800 dalam kempen promosi semasa.

Jetour VT9 – SUV 7-Kerusi untuk Kegunaan Keluarga

Jetour VT9
Jetour VT9 | Interior

Kepada mereka yang memerlukan ruang lebih luas, Jetour VT9 hadir sebagai SUV 7-kerusi yang direka khas untuk memenuhi keperluan keluarga moden.

Bahagian depan SUV itu menampilkan gril bentuk-V (V-Shaped) tiga dimensi (3D) yang mengambil ilham bulu untuk penampilan lebih berani dan premium di jalan raya.

Di belakang pula, dua paip ekzos kembar (dual twin tailpipes) menambah sentuhan sporty pada keseluruhan rekabentuk. Aspek praktikaliti pula menawarkan ruang but fleksibel:

  • 89 liter dengan semua tempat duduk digunakan
  • Sehingga 1,680 liter apabila tempat duduk belakang dilipat

Konfigurasi itu menjadikan Jetour VT9 sesuai untuk membawa bagasi keluarga, stroler bayi, peralatan sukan atau barangan perjalanan jauh.

Bagi varian Prime, pelanggan turut menikmati:

  • Bumbung suria panoramik 62 inci untuk pencahayaan semula jadi dalam kabin
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik dengan fungsi memori untuk menyimpan tetapan posisi pemanduan

Jetour VT9 kini ditawarkan pada harga bermula RM123,800.

Promosi Raya – Ganjaran Berganda untuk Pembeli

Ganjaran Berganda Jetour 2026

Dalam kempen Raya itu, pelanggan yang menempah model Jetour akan menikmati:

  • Duit Raya bernilai RM3,000
  • Baucar petrol percuma bernilai RM2,000

Tawaran itu memberi nilai tambah kepada pelanggan yang mahu memiliki SUV baharu sebelum musim perayaan, sekali gus menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan bergaya.

Tempah, Pandu Uji di Bilik Pameran Jetour

Kepada mereka yang mahu melihat sendiri kelebihan model Jetour, bolehlah mengunjungi bilik pameran Jetour terdekat untuk membuat tempahan atau sesi pandu uji.

Maklumat lanjut mengenai model dan promosi boleh didapati menerusi laman web rasmi: www.jetour.com.my

Promosi selagi stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

27/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.