Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kapcai Benelli: Bukan Enjin 200cc, Tapi Suku Liter!
Roda2

Kapcai Benelli: Bukan Enjin 200cc, Tapi Suku Liter!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/09/201910 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KUBU kapcai memang kukuh di Malaysia dengan pasaran pembeli yang cukup besar berbanding segmen skuter dan sportbike aras mula. Disebabkan itulah Malaysia tiada banyak pilihan produk untuk dua segmen tersebut. Ini ditambah pula pasaran motosikal yang kecil berbanding negara jiran ASEAN lain seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina.

Kegilaan pembeli Malaysia dengan kapcai menyaksikan berlaku perang sesaran enjin. Secara teknikal, lebih besar enjin, maka lebih laju kapcai itu.

Namun, dari segi populariti, produk kapcai yang menduduki carta paling atas di Malaysia ialah Yamaha Y15ZR aka YSuku disusuli model pesaing lain seperti Honda RS150R, SYM VF3i dan Benelli RFS150i.

BACA >>> Benelli Sedang Bangunkan Kapcai Dua Silinder 200cc untuk Pasaran Malaysia?

BUKAN 200cc?

Tentang Benelli pula, pada Mac lalu kami sempat menulis artikel mengenai hasrat Benelli membangunkan kapcai 2-silinder 200cc. Ramai teruja, dan ramai juga yang tidak percaya.

Sekarang, lagi berita terbaharu kami dapat. Kali ini daripada seorang pembaca enggan dikenali yang mengaku ternampak model kapcai Benelli itu sedang menjalani ujian enduran di lebuh raya Bertam, Pulau Pinang. Sayangnya, kelibat jentera tersebut tidak sempat dirakamkannya.

Jadi, persoalan tentang sesaran enjin kapcai itu masih lagi samar. Adakah Benelli benar-benar menggunakan enjin 200cc? Atau mungkin 250cc atau 175cc?

BENTUK GABUNGAN YSUKU DAN RFS150i

Menurutnya lagi, kapcai yang dikesan dengan plat dagang tergantung itu memiliki rekabentuk sama seperti RFS150i. Cuma rupa belakang dan paparan meter digital penuh direka seperti YSuku. Sistem transmisi menggunakan kotak gear klac manual 6-kelajuan

Lampu utama pula ala RS150R yang dipadukan teknologi LED dengan rekaan baharu. Ekzos pula mirip RFS 150i (lihat foto atas).

BACA >>> Benelli RFS150i LIMITED EDITION – Terhad 5k Unit Sahaja, Siap Nombor Siri dan Sijil Khas!

LEBIH LAJU DARIPADA KAPCAI SYM?

Adakah kapcai Benelli itu lebih laju daripada VF3i yang kini memegang status kapcai standard paling laju di dunia? Ingat, jangan ingat  kami tidak bertanya kepada Benelli sendiri untuk mendapatkan kepastian mengenai spekulasi berkenaan.

Betul ke Benelli akan keluarkan kapcai 200cc?

Menurut sumber Benelli;

Ya, tetapi itu cuma model prototaip untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D), dan bukan pula enjin 200cc, tetapi 250cc!

Ya, 250cc tuan-tuan!

Cuma katanya, status pemasaran prototaip itu bergantung kepada kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami difahamkan kapcai di Malaysia dihadkan di bawah 200cc dan jika tidak diluluskan, prototaip itu cuma sekadar projek R&D sahaja.

Betul ke kapcai dihadkan kepada 200cc sahaja?

Jangan risau, kali ini kami pergi pula tanya JPJ (bahagian automotif).

TIADA HAD SESARAN ENJIN KAPCAI DI MALAYSIA

Jelas JPJ, tiada had sesaran enjin ditetapkan untuk segmen kapcai selagi model itu mematuhi standard dan regulasi ditetapkan badan penguatkuasa itu mengikut segmen berkenaan.

Ingat, semakin besar sesaran enjin, maka semakin tinggi cukai jalan yang perlu dibayar pembeli, sekali gus berpotensi menjana pendapatan negara. Sudah tentu Kerajaan mendapat manfaat ekonomi.

Jadi apa yang kami cakap, projek Benelli itu sudah diberikan lampu hijau. Dan tidak mustahil Malaysia akan terima kapcai 250cc pertama di dunia!

BACA >>> Honda RS150R (2018) Kini Lebih Garang dan Sporty – Yamaha Y15ZR Diminta Bertenang!

benelli benelli rfs 150i Honda Kapcai MForce Bike Holding Sdn Bhd Moped roda2 Yamaha Yamaha Y15ZR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026

    10 Comments

    1. Hazul on 27/09/2019 21:50

      Saya suka dia buka 200cc.. Dari pada dia body fact injin dan tak perlu keluar wang banyak…

      Reply
    2. Wahidalwie on 29/09/2019 20:16

      Harap nya bila dah ok.. tangki petrol biarlah boleh isi lebih 10 litre..

      Reply
      • Noobmoto on 01/10/2019 17:48

        Betul jugak tu. Jangan beriya-iya power dah lebih, kena berhenti kerap pulak isi minyak. Termasuklah efficiency harapnya dapat selesai sehabis baik.

        Reply
        • SamKL on 02/10/2019 16:13

          Terima kasih atas cadangan,. Kami akan ambilkira pandangan semua dlm pembuatan motorsikal kami.

          Reply
    3. Zacktrk on 03/10/2019 16:04

      Benelli sudah ada enjin 250cc yg dipadang pada trk251 dan lioncino..hanya perlu match and assemble saja dgn body RFS dan beberapa pengubahsuaian…kalau keluar aku akan beli. Skrg pakai TRK502. Sangat puas hati, berbaloi, jimat minyak spare part mudah dikacuk…banyak juga jual on line murah murah

      Reply
    4. tengku suehighme on 11/03/2020 15:36

      rasa2nya motor ni akan pakai enjin Benelli TNT 249s model tahun 2020…..2 silinder, 249cc, 31.5hp…ini spec utk benelli 249s:

      Vehicle Type Motorcycle
      Fuel Petrol
      Engine Displacement 249.00 cc
      Engine Details In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled 4 valves per cylinder, DOHC.
      Bore x Stroke 61mm x 42.5mm
      Compression Ratio 12:1
      Engine Lubrication Pressure splash lubrication
      Clutch Wet multi-plate
      Fuel System Electronic injection
      Maximum Power 31.5 hp @ 10000 rpm
      Maximum Torque 20 Nm @ 9000 rpm
      Transmission 6 speed
      Gear Shift Pattern 1-N-2-3-4-5-6
      Electricals
      Battery
      Brakes
      Front Brake Double floating discs 260 mm with 4 pistons caliper
      Rear Brake Disc
      Chassis and Suspension
      Frame Steel trestle
      Front Suspension 41 mm upside-down forks
      Rear Suspension Rear swing arm with lateral shock absorber with extension hydraulic brake and spring preload adjustment
      Tyres
      Wheels / Rim Alluminium alloy
      Front Tyre 110/70-17 or 120/70-17
      Rear Tyre 140/70-17 or 160/60-17

      Reply
    5. wanqelate on 12/03/2020 17:55

      hahaha…. hebat betul mamat yg ternampak motor semasa ujian kat highway bertam tu. siap boleh nampak paparan meter, siap boleh tahu ada 6 speed gear. aku terasa mcm nk jadi hebat mcm mamat tu jugaklah. kalau mana2 skuter lalu sebelah aku, aku nk tengok dia pakai speed belting size apa…

      Reply
    6. Gojeng on 13/03/2020 00:44

      Enjen 250cc tapi cutoff 120km/h
      Kekekkeke….

      Reply
    7. Karen Gillan on 16/03/2020 10:50

      Perkembangan menarik..
      Tak perlu tangki 10 liter..
      Jika enjin taraf euro 5+, lebih bersih dan lebih jimat, tak perlu tangki yang besar..
      Jika 250cc single silinder murah sikit..
      Jika 250cc twin silinder boleh capai 16k harga die, atau lebih lagi

      Reply
    8. Abang sado on 10/07/2020 05:58

      Kalau betul keluar rfs 200cc 2silinder..wajib aku beli..fham2 la kalau enjin benelli 2 silinder dia bunyi seakan akan sbk..time mcm ni la aku menganjing dak2 ysuku acah king tu naik benelli je kapcai bunyi sbk..mencecet jauh kene tinggal..hahaha gi mampos same yamaha

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.