Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kapal Hibrid Elektrik Metanol-Hidrogen Pertama di Dunia Dilancar, Pacuan Dari Geely!
Auto Terkini

Kapal Hibrid Elektrik Metanol-Hidrogen Pertama di Dunia Dilancar, Pacuan Dari Geely!

Abang HirataBy Abang Hirata20/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BARU sahaja berjaya melancarkan sejumlah satelit ke angkasa dalam tempoh sebulan, Geely kembali ke darat dan menariknya terlibat dalam projek di atas air.

Kapal sungai pelbagai guna elektrik metanol-hidrogen pertama di dunia, Yuanchun 001, telah dilancarkan secara rasmi.

Dengan pelancaran ini, Geely Holding Group kini melebarkan sayapnya dengan membawa teknologi pacuan hibrid elektrik metanol-hidrogen mereka dari sektor automotif ke dalam industri maritim.

Yuanchun 001 menggunakan sistem pacuan hibrid elektrik metanol-hidrogen yang dibangunkan secara bebas oleh Geely.

Dengan menggunakan bahan api metanol hijau, kapal ini mampu mencapai pelepasan bersih-sifar karbon sepanjang kitaran hayatnya.

Ini menandakan kemajuan ketara dalam penggunaan metanol hijau dan teknologi mobiliti elektrik untuk pengangkutan maritim.

Pelancaran kapal ini membuka laluan yang praktikal dan boleh diperluas untuk transformasi hijau sektor maritim dan perkapalan global.

Spesifikasi Kapal Yuanchun 001

  • Jenis Kapal: Kapal Pengangkutan Sungai Pelbagai Guna 64 TEU
  • Motor: Dua motor 150 kW
  • Sistem Kuasa: Dua generator metanol 280 kW dan dua bateri litium 258 kWj
  • Jarak: Jarak gabungan hampir 1,500 km
  • Mod Operasi: Hibrid, generator sahaja, elektrik atau pengecasan dari darat
  • Penggunaan Tenaga: 42% lebih rendah berbanding kapal diesel sejenis
  • Julat Operasi Eletrik: Melebihi 250 km, jauh lebih baik daripada kapal elektrik tulen kelas 3,000 kWj

Pelancaran kapal ini membuktikan bahawa pengangkutan sungai bukan sahaja boleh menjadi lebih bersih dan senyap, malah lebih menjimatkan.

Yuanchun 001 menawarkan penyelesaian yang realistik dan praktikal untuk transformasi industri perkapalan.

Peneraju Ekosistem Metanol-Hidrogen Global

Geely memainkan peranan utama di peringkat global dalam membangunkan ekosistem metanol serta mempromosikan neutraliti karbon.

Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi metanol, Geely telah membina ekosistem metanol hijau yang menyeluruh.

Ekosistem ini merangkumi penangkapan karbon, pengeluaran metanol hijau, pengangkutan, stesen pengisian semula dan pelbagai aplikasi kenderaan metanol.

Rangkaian stesen pengisian semula metanol di China berkembang pesat dengan sokongan Geely.

Menjelang akhir Jun 2025, lebih 800 stesen telah beroperasi, dengan sasaran 4,000 stesen menjelang tahun 2027.

Terdapat 120,000 stesen petrol dan diesel di China yang boleh diubah suai untuk metanol, dengan kos pengubahsuaian hanya sekitar RMB50,000 hingga 100,000 (RM29,558 hingga RM59,116).

Pelaburan ini jauh lebih rendah berbanding rangkaian hidrogen, penukaran bateri atau pengecasan super elektrik.

Projek Metanol Geely Sehingga Kini

Dari darat ke laut dan dari ujian rintis ke operasi berskala besar, teknologi pacuan hibrid elektrik metanol-hidrogen Geely telah terbukti mesra alam, mampu milik, boleh diguna pakai dan boleh diharap.

Lebih 50,000 kenderaan hibrid elektrik metanol-hidrogen Geely kini berada di jalan raya dengan jarak pemanduan terkumpul melebihi 23 bilion kilometer.

Sedan hibrid metanol-hidrogen Emgrand generasi keempat adalah kenderaan pertama di dunia dengan pacuan hibrid metanol yang dilancarkan di pasaran.

Model ini mampu dihidupkan dengan pantas dan boleh dipercayai dalam persekitaran sejuk dan altitud tinggi, dengan penggunaan metanol hanya 9.2L/100km dan pelepasan emisi 42% lebih rendah daripada model petrol sejenis.

Dalam sektor kenderaan komersial, kenderaan hibrid elektrik metanol-hidrogen Geely digunakan secara meluas dalam pengangkutan jarak jauh, penghantaran bandar, pembinaan dan pengangkutan awam, hasil daripada jarak pemanduan yang panjang dan pengisian semula yang mudah.

Sistem pacuan ini berupaya mengurangkan kos operasi antara 32% hingga 52% berbanding kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel.

Teknologi Pacuan Metanol Generasi Akan Datang

Teknologi pacuan metanol-hidrogen Geely kini telah mencapai generasi keempat dan generasi kelima akan dilancarkan pada tahun 2025.

Sistem NordThor metanol-hidrogen EF baharu dijangka menjadi teknologi pacuan hibrid elektrik paling fleksibel di dunia dengan tiga teknologi pertama di dunia:

  • Kecekapan Enjin Tertinggi: Enjin NordThor metanol-hidrogen EF generasi kelima mempunyai kecekapan terma 48.15%, yang tertinggi di dunia. Kos operasi bagi kenderaan yang menggunakan sistem ini boleh serendah 0.2 RMB (kira-kira RM0.11) per kilometer.
  • Teknologi Bahan Api Paling Fleksibel: Sistem NordThor metanol-hidrogen EF boleh menggunakan pelbagai sumber bahan api dan kuasa termasuk metanol, petrol dan elektrik. Metanol dan petrol boleh dicampurkan dalam tangki yang sama melalui bukaan pengisi yang sama pada sebarang nisbah. Teknologi pintar Geely mampu mengesan perubahan dalam nisbah campuran ini secara masa nyata, memastikan pembakaran yang cekap dan pelepasan rendah karbon.
  • Sistem Permulaan Enjin Suhu Terendah: Sistem NordThor metanol-hidrogen EF generasi baharu dapat menghidupkan enjin dengan bahan api metanol dalam persekitaran serendah -40°C.

Model-model kenderaan yang menggunakan sistem NordThor metanol-hidrogen EF akan dilancarkan pada suku keempat 2025.

Geely Yuanchun 001
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz C-Class Electric 2027, Reka Depan Unik, Jarak Sehingga 762 km!

    21/04/2026
    Auto Terkini

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    20/04/2026
    Auto Terkini

    #TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna Tapi…

    20/04/2026
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Kini Rasmi Tembusi Pasaran Malaysia

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.