Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Luncurkan 11 Satelit Baharu, Kali Kedua dalam Tempoh Sebulan!
Auto Terkini

Geely Luncurkan 11 Satelit Baharu, Kali Kedua dalam Tempoh Sebulan!

Abang HirataBy Abang Hirata18/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Geely lancar 11 satelit baharu

GEELY Holding Group terus mengukuhkan kedudukan dalam bidang aeroangkasa komersial dengan melancarkan 11 satelit baharu ke orbit.

Pencapaian luar biasa itu adalah pelancaran kedua dalam tempoh sebulan, yang menonjolkan komitmen Geely untuk membina ekosistem mobiliti bersepadu antara angkasa dan bumi.

Satelit Geely, GEESATCOM
Peluncuran satelit Geely pada 9 Ogos 2025
Geely lancar 11 satelit baharu

Pada 9 September 2025, jam 03:48 pagi (GMT+8), Geely melancarkan 11 satelit menggunakan roket Smart Dragon-3 (SD-3) dari wilayah Shandong, timur China.

Satelit-satelit itu ialah kumpulan pesawat orbit kelima untuk konstelasi Mobiliti Masa Depan Geely (Geely Future Mobility), yang juga dikenali sebagai GEESATCOM.

Pelancaran Bersejarah

Satelit Geely, GEESATCOM

Pelancaran terbaharu itu menyusul selepas kejayaan pelancaran 11 satelit pada 9 Ogos 2025 dari perairan berhampiran Rizhao, Wilayah Shandong, China.

Dengan dua pelancaran tersebut, Geely menempatkan dua kumpulan satelit ke orbit dalam sebulan bagi mempercepat pembinaan ekosistem mobiliti bersepadu.

Projek GEESATCOM dibangunkan dan dikendali sepenuhnya Geespace, iaitu subsidiari aeroangkasa komersial Geely Holding Group. Syarikat itu berjaya melaksanakan tiga penempatan orbit pada 2022 dan 2024.

Logo Geely Holding Group

Dengan pelancaran terbaharu itu, Geespace kini mengendalikan 52 satelit di orbit, sekali gus memperluas keupayaan liputan global secara berterusan.

Sasaran awal fasa pertama adalah menempatkan 72 satelit, yang dijangka siap menjelang akhir 2025.

Geespace merancang mencapai 64 satelit beroperasi dalam tempoh dua bulan akan datang bagi memastikan liputan Internet Benda (IoT) satelit global meneyeluruh, kecuali di kawasan kutub.

Peranan Satelit LEO dalam Industri Automotif

Satelit Geely, GEESATCOM

Komunikasi satelit orbit rendah bumi (LEO) memainkan peranan penting dalam mengubah industri strategik, termasuk kenderaan terhubung, mobiliti udara bandar, respons kecemasan, operasi maritim dan infrastruktur tenaga.

GEESATCOM menerajui aplikasi bersepadu yang menghubungkan kenderaan darat, pesawat altitud rendah, peralatan pembinaan dan kapal maritim ke rangkaian satelit.

Ini mewujudkan asas IoT satelit global yang sentiasa terhubung, menyediakan perkhidmatan komunikasi reliabiliti tinggi dan liputan luas kepada pengguna seluruh dunia. Beberapa pencapaian dan kerjasama GEESATCOM adalah:

  • Kerjasama Antarabangsa: Menjalin perkongsian dengan pengendali telekomunikasi di lebih 20 negara, termasuk Timur Tengah, Asia Tenggara, Afrika, dan Amerika Latin.
  • Kejayaan Ujian Komersial: Mencatatkan kadar kejayaan 99.15 peratus dan ketersediaan rangkaian melebihi 99.97 peratus dalam ujian komersial, membina kredibiliti pasaran antarabangsa kukuh.

Inovasi untuk Pemanduan Lebih Baik

Logo Geespace

Geespace memanfaatkan komunikasi IoT satelit dan teknologi penentuan kedudukan ketepatan tinggi untuk meningkatkan automasi dan kesalinghubungan kenderaan.

Infrastruktur satelit itu menyediakan sokongan data kritikal untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dan platform kenderaan terhubung, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kemudahan perjalanan dengan ketara. Inovasi dalam komponen satelit adalah:

  • Cip Komunikasi Satelit: Pengkomersialan cip komunikasi satelit proprietari Geespace
  • Modul Penentuan Kedudukan: Pengkomersialan modul penentuan kedudukan ketepatan tinggi
  • Pengeluaran Massa: Terminal satelit yang dipasang pada kenderaan dan sistem penentuan kedudukan bersepadu kini berada dalam pengeluaran besar-besaran di seluruh portfolio Geely Holding.

Sebagai rakan rasmi Sukan Asia 2022 Hangzhou, Sukan Musim Sejuk Asia 2025 Harbin dan Sukan Dunia 2025 Chengdu, Geely Holding mempamerkan penggunaan praktikal teknologi satelit di acara-acara berkenaan.

Syarikat itu menyediakan penentuan kedudukan ketepatan tinggi dan komunikasi satelit kecemasan untuk kenderaan rasmi acara, membolehkan pengurusan flit yang tepat dan meningkatkan standard pengangkutan bagi pertandingan antarabangsa.

Geely Geely Future Mobility Constellation Geely Holding Group Geely Smart Dragon-3 GEESATCOM Geespace Satelit Geely
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.