Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kalau Dyson dari UK ke Singapura, Syarikat Singapura Ini Pula ke UK Buat Kereta Elektrik
Auto Terkini

Kalau Dyson dari UK ke Singapura, Syarikat Singapura Ini Pula ke UK Buat Kereta Elektrik

Abang HirataBy Abang Hirata29/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIMBUL kontroversi apabila Dyson dari Britain memutuskan mahu menghasilkan pengeluaran kereta elektrik pertama di Singapura. Ini keputusan luar jangka memandangkan Singapura tidak memiliki satu pun kilang automotif sejak berdekad lalu.

Netizen tempatan melihat keputusan itu sebagai satu tamparan kerana ada ura-ura Dyson mahu menambah pelaburan dalam negara. Malah, Dyson mempunyai kilang pengeluaran dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor. Malah, kontroversi tersebut ditambah pula ‘perisa’ ketika Kerajaan merancang Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB).

BACA >>> Dyson Bina Kilang Kenderaan Elektrik di Singapura, Kereta Pertama Lancar 2021

Rupa-rupanya keputusan itu menarik perhatian satu pihak lagi, iaitu Dendrobium Automotive Limited yang sekali lagi memaklumkan pengeluar kereta hiper elektrik itu bakal mengeluarkan kereta pertama di Britain.

Ironinya, kereta hiper Dendrobium D-1 diasaskan Vanda Electrics, iaitu syarikat teknologi bateri dari Singapura. Keputusan mengeluarkan D-1 di Britain selepas mengambil kira Singapura tiada kemahiran dalam pembuatan kenderaan.

Selain itu, Britain dikenali dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan dan mempunyai keupayaan dalam membangunkan kereta hiper elektrik D-1. Projek itu dibuat dengan kerjasama syarikat Formula 1, Williams Advance Engineering.

TINDAKAN BERANI


Keputusan Dendrobium Automotive itu dianggap sesuatu yang berani memandangkan ada cabaran dan ketidakpastian tentang keputusan Britain untuk Brexit, iaitu keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Dendrobium Automotive juga mahu meneruskan projek itu di Britain bagi mewujudkan peluang pekerjaan baharu di negara tersebut.

Nama Dendrobium diambil sempena sejenis pokok bunga Orkid yang begitu banyak terdapat di Asia. Kereta hiper elektrik D-1 ini mempunyai berat sasaran 1,750kg dengan badan daripada gentian karbon. Bahagian pemandu atau tub dikenali Protocell Carbon ringan dan boleh digunakan untuk model elektrik Dendrobium akan datang.

Selain nama unik, bukaan pintu unik Bio-Aerial Locomotion mengambil ilham daripada bunga orkid mekar.

BACA >>> Bosan Kereta Sport Klise, Design-1 Tampilkan Ciri Bumbung Cengkerang

Auto Terkini Brexit Dendrobium Dendrobium Automotive Dendrobium Automotive Limited Dendrobium D-1 NNCP Projek Kereta Nasional Baharu UK Williams Advance Engineering.
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.