• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kalau Dyson dari UK ke Singapura, Syarikat Singapura Ini Pula ke UK Buat Kereta Elektrik

Kalau Dyson dari UK ke Singapura, Syarikat Singapura Ini Pula ke UK Buat Kereta Elektrik

October 29, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TIMBUL kontroversi apabila Dyson dari Britain memutuskan mahu menghasilkan pengeluaran kereta elektrik pertama di Singapura. Ini keputusan luar jangka memandangkan Singapura tidak memiliki satu pun kilang automotif sejak berdekad lalu.

Netizen tempatan melihat keputusan itu sebagai satu tamparan kerana ada ura-ura Dyson mahu menambah pelaburan dalam negara. Malah, Dyson mempunyai kilang pengeluaran dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor. Malah, kontroversi tersebut ditambah pula 'perisa' ketika Kerajaan merancang Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB).

BACA >>> Dyson Bina Kilang Kenderaan Elektrik di Singapura, Kereta Pertama Lancar 2021

Rupa-rupanya keputusan itu menarik perhatian satu pihak lagi, iaitu Dendrobium Automotive Limited yang sekali lagi memaklumkan pengeluar kereta hiper elektrik itu bakal mengeluarkan kereta pertama di Britain.

Ironinya, kereta hiper Dendrobium D-1 diasaskan Vanda Electrics, iaitu syarikat teknologi bateri dari Singapura. Keputusan mengeluarkan D-1 di Britain selepas mengambil kira Singapura tiada kemahiran dalam pembuatan kenderaan.

Selain itu, Britain dikenali dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan dan mempunyai keupayaan dalam membangunkan kereta hiper elektrik D-1. Projek itu dibuat dengan kerjasama syarikat Formula 1, Williams Advance Engineering.

TINDAKAN BERANI


Keputusan Dendrobium Automotive itu dianggap sesuatu yang berani memandangkan ada cabaran dan ketidakpastian tentang keputusan Britain untuk Brexit, iaitu keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Dendrobium Automotive juga mahu meneruskan projek itu di Britain bagi mewujudkan peluang pekerjaan baharu di negara tersebut.

Nama Dendrobium diambil sempena sejenis pokok bunga Orkid yang begitu banyak terdapat di Asia. Kereta hiper elektrik D-1 ini mempunyai berat sasaran 1,750kg dengan badan daripada gentian karbon. Bahagian pemandu atau tub dikenali Protocell Carbon ringan dan boleh digunakan untuk model elektrik Dendrobium akan datang.

Selain nama unik, bukaan pintu unik Bio-Aerial Locomotion mengambil ilham daripada bunga orkid mekar.

BACA >>> Bosan Kereta Sport Klise, Design-1 Tampilkan Ciri Bumbung Cengkerang

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Brexit, Dendrobium, Dendrobium Automotive, Dendrobium Automotive Limited, Dendrobium D-1, NNCP, Projek Kereta Nasional Baharu, UK, Williams Advance Engineering.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my